sfhzuraz Publish time 4-4-2024 12:37 PM

USM kekal status Swaakreditasi sehingga 2027

USM kekal status Swaakreditasi sehingga 2027

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

04 April 2024 11:51am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/04/2602314.jpg
USM berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi oleh MQA sehingga tahun 2027.



GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sehingga tahun 2027.
Sebelum ini, USM telah dianugerahkan status Swaakreditasi oleh MQA pada 29 April 2010.


USM dalam kenyataannya berkata, pengiktirafan itu amat membanggakan dan menggembirakan seluruh warga USM itu telah disampaikan secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran kepada Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed baru-baru ini berserta Sijil Perakuan Status Swaakreditasi.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/04/2602315.jpg
Sijil pengiktirafan daripada MQA kepada USM.



Menurut USM, pengiktirafan pengekalan status Swaakreditasi itu diberi selepas audit dilakukan dilakukan oleh MQA yang menilai dan mengenal pasti kekuatan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh USM.

"Agensi tersebut juga mengucapkan tahniah kepada USM dengan pencapaian tersebut dan berharap agar keputusan audit itu dapat membantu pihak universiti dalam melaksanakan perancangan pada masa hadapan."Ia merupakan satu perakuan yang melayakkan sesebuah penyedia pendidikan tinggi (PPT) mengakreditasi program akademik atau pengajiannya sendiri berpandukan kepada kerangka kelayakan Malaysia (MQF).
"Selain itu, ia juga berpandukan kepada standard dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa, kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang relevan," katanya pada Khamis.



USM berkata, sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi, pihak MQA akan melaksanakan Audit Institusi bagi pengekalan status tersebut dalam tempoh setiap lima tahun kepada universiti.
"Pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Swa Akreditasi USM yang diterajui pengarahnya, Profesor Dr Azura A Rashid dan kesemua Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain yang terlibat dalam eksesais pengauditan tersebut," katanya.
Audit Pematuhan Swaakreditasi telah dilaksanakan pada 8, 9 dan 14 Februari 2022 serta Audit Susulan terhadap syarat-syarat pengekalan Swaakreditasi telah diadakan pada 17 Ogos 2023.
Setelah selesai proses audit berkenaan, USM telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi bermula 25 Mac 2024 sehingga tahun 2027.
USM kekal status Swaakreditasi sehingga 2027 - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: USM kekal status Swaakreditasi sehingga 2027


ADVERTISEMENT