sfhzuraz Publish time 4-4-2024 12:15 PM

KEDA agih dividen kepada peserta miskin tegar

KEDA agih dividen kepada peserta miskin tegar


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 4, 2024 @ 11:03am bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/keda_1712199778.jpg
Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff menyerahkan dividen kepada peserta Projek Ladang Sejahtera Agropolitan Sik. NSTP/Noorazura Abdul Rahman



ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengagihkan bayaran dividen berjumlah RM22,500 kepada 50 peserta Projek Ladang Sejahtera Agropolitan Sik.
Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff, berkata setiap peserta menerima dividen RM450 hasil projek tanaman ladang getah seluas 100 hektar.
Katanya, projek tanaman getah yang dibiayai melalui peruntukan Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) adalah khusus kepada golongan miskin tegar.
"Sebanyak 40,000 pokok getah pelbagai jenis klon berjaya ditanam dan hasil getah skrapnya dikutip mulai 2017. Menerusi projek ini, sebanyak 40 peluang pekerjaan disediakan kepada penduduk setempat melalui kerja penorehan dan penyelenggaraan ladang.
"Hasil yang diperoleh daripada ladang ini, kita masukkan ke dalam satu tabung dan agih kepada penduduk di sekitar ladang.
"Diharapkan, pemberian dividen ini dapat membantu meringankan bebanan mereka sempena Aidilfitri akan datang," katanya kepada ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dividen dan Iftar di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.
Ismasuhaimi berkata, jumlah keseluruhan dividen yang disalurkan kepada peserta bermula dari tahun 2018 sehingga 2024 adalah sebanyak RM122,500.
Katanya, pada 2023 KEDA membelanjakan lebih RM5 juta dalam aspek pemberian bantuan projek ekonomi kepada golongan sasar di negeri ini yang membabitkan 482 penerima bantuan.
"Sebanyak 11 projek telah dilaksanakan antaranya Projek Pertanian Petani Luar Bandar dan Projek Pembangunan Sawah di Kawasan Wilayah KEDA.
"Untuk 2024, KEDA menerima peruntukan bantuan ekonomi berjumlah lebih RM12 juta yang membabitkan anggaran penerima bantuan seramai 651 orang.
"Diharapkan semua bantuan yang diberikan KEDA dapat membantu memperkasakan ekonomi penduduk luar bandar yang rata-rata pesertanya dari golongan miskin tegar," katanya.
KEDA agih dividen kepada peserta miskin tegar (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: KEDA agih dividen kepada peserta miskin tegar


ADVERTISEMENT