mattzzx Publish time 4-4-2024 11:06 AM

Vettel bayang kembali ke F1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-VETTEL__1712198643.jpg
VETTEL ketika bersama Aston Martin pada 2022.

London: Juara dunia empat kali Sebastian Vettel, 36, tidak menolak kemungkinan kembali ke Formula Satu (F1) susulan rundingan dengan ketua Mercedes Toto Wolff.

Mercedes kini sedang mencari pelumba baharu selepas Lewis Hamilton pada Februari lalu mengumumkan hasrat untuk menyertai Ferrari selepas 11 tahun bersama Silver Arrows.

Vettel menjuarai empat gelaran dunia ketika bersama Red Bull bermula 2010-13. Dia bersara daripada F1 pada penghujung musim 2022 selepas enam tahun di Ferrari dan dua tahun dengan Aston Martin.

Tetapi kini dia membayangkan kemungkinan kembali ke perlumbaan Grand Prix (GP) selepas berunding dengan Wolff dan beberapa ketua yang lain.


Vettel juga terkejut dengan keputusan Hamilton meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari selepas memenangi enam gelaran dunia dengan gergasi Jerman itu.

"Saya terkejut seperti anda semua," katanya. "Tetapi ia menggembirakan. Sudah tentu dia mencari cabaran baharu."

Sebelum ini Vettel menguji kereta Porsche sebagai persiapan menghadapi Le Mans 24 Hours.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1077096/vettel-bayang-kembali-ke-f1
Pages: [1]
View full version: Vettel bayang kembali ke F1


ADVERTISEMENT