mattzzx Publish time 4-4-2024 10:05 AM

Lizzo ingin terus hiburkan peminat

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F03%2F2626758.png
Lizzo kembali semula dalam industri nyanyian.

PENYANYI Lizzo tampil menjelaskan kekeliruan peminat berhubung kenyataannya sebelum ini yang memberi bayangan untuk bersara dalam bidang nyanyian.

Menurut pemenang anugerah Grammy itu, kenyataan tersebut disalah erti segelintir pihak dan dia masih mahu meneruskan perjalanannya sebagai anak seni.

"Apabila saya kata mahu berhenti, itu bermaksud saya mahu berhenti memberi perhatian kepada komen negatif.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/03/2626759.png

Lizzo tidak akan berhenti menyanyi.

"Saya tidak akan berhenti lakukan apa yang saya suka dalam hidup iaitu terus menghasilkan muzik yang boleh menghubungkan manusia," katanya.

Lizzo membuat penjelasan itu menerusi media sosial miliknya.

Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa terkejut setelah Lizzo memuat naik kapsyen 'Saya mahu berhenti'.


Rata-rata peminat Lizzo meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman itu dan berharap dia meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.

Lizzo mengumumkan perkara itu selepas sudah tidak tahan menjadi mangsa buli dalam talian apabila netizen menghina bentuk badannya.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/03/bukan-mahu-tinggalkan-dunia-nyanyian-lizzo-mahu-terus-hiburkan-peminat

Yoonggi Publish time 4-4-2024 10:24 AM

lagu dia mana yg best? aku x penah lg dgr lagu dia ni

hokeypokey Publish time 4-4-2024 04:57 PM

sape ni tak kenal pun

apalancut Publish time 8-4-2024 05:58 AM

bz8J8nN-8FY
Pages: [1]
View full version: Lizzo ingin terus hiburkan peminat


ADVERTISEMENT