mattzzx Publish time 4-4-2024 09:56 AM

Objek pelik bukan muntah ikan paus

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0404rsmuntah_1712194047.jpg
Mahmud Kechik, 60, dari Kampung Rhu Muda bersama objek pelik yang ditemui di Pantai Kelulut yang disahkan bukan muntah ikan paus melalui ujian makmal yang dijalankan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengesahkan objek pelik ditemukan di Pantai Kelulut dekat siini, baru-baru ini, tidak mempunyai ambrien iaitu kandungan utama muntah ikan paus (ambergris) yang asli.

Ujian makmal lebih dua minggu ke atas objek pelik berwarna putih itu sekali gus mengesahkan objek itu bukan muntah ikan paus.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahmud Kechik, 60 dari Kampung Rhu Muda dekat ini, menemukan objek pelik seberat lapan kilogram terdampar di Pantai Kelulut, yang dipercayai muntah ikan paus.

Objek itu kemudian dibawa ke UMT untuk dianalisis sama ada ia muntah ikan paus atau sebaliknya.


Pegawai Sains Pusat Penyelidikan Dalam Lapangan UMT, Asrul Azani Mahmood berkata, tiga sampel diambil pada bahagian berbeza pada objek itu untuk dianalisis.

"Hasil penelitian mendapati kandungan di dalam objek pelik itu tidak sama seperti muntah ikan paus asli.

"Objek itu mempunyai kandungan berlainan yang tidak terkandung di dalam muntah ikan paus asli, malah berdasarkan ujian fizikal dijalankan mendapati ia berbau hangit seperti getah apabila dibakar.

"Kami tidak boleh memastikan sumber asal objek itu tetapi ia sejenis polimer (plastik, getah) yang berasal daripada daratan yang hanyut di lautan sebelum terdampar di pantai," katanya ketika ditemui di Makmal Berpusat UMT di sini, hari ini.

Tambahnya, sejak laporan mengenai penemuan objek pelik itu dan kesediaan UMT membuat analisis ke atasnya tular di media sosial, banyak pihak yang tampil bersama sampel yang dipercayai muntah ikan paus untuk ujian dan analisis sama.

'"Kami menerima lebih banyak sampel yang dipercayai muntah ikan paus dari banyak negeri termasuk Johor, Sabah dan Sarawak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077072/objek-pelik-bukan-muntah-ikan-paus
Pages: [1]
View full version: Objek pelik bukan muntah ikan paus


ADVERTISEMENT