mattzzx Publish time 4-4-2024 09:40 AM

Fiorentina belum selamat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ITALY-FIO-ATT_REPORT_1712192185.jpg
MANDRAGORA meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.

Florence, Itali: Fiorentina semakin hampir ke final Piala Itali selepas menang 1-0 ke atas Atalanta hasil jaringan Rolando Mandragora dalam aksi separuh akhir pertama Piala Itali awal pagi tadi.

Fiorentina yang tewas 1-2 di tangan Inter Milan pada final tahun lalu kini memburu trofi pertama mereka selepas kali terakhir menjuarainya pada 2001.

Mandragora meletakkan skuad Vincenzo Italiano di depan pada minit ke-31 menerusi rembatan kencang di luar kotak penalti.

"Final bukan hanya selangkah lagi walapun kami mendapatkan satu lagi gol. Ia tetap sukar di tempat lawan," kata Italiano.


"Atalanta memang sukar dikalahkan di tempat sendiri, jadi kami perlu aksi sangat cemerlang di tempat mereka."

Dalam satu lagi perlawanan, Juventus menewaskan Lazio 2-0. Peringkat kedua separuh akhir berlangsung 23 dan 24 April sebelum Stadio Olimpico menjadi gelanggang final pada 15 Mei. Juara kejohanan akan layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Europa.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077068/fiorentina-belum-selamat
Pages: [1]
View full version: Fiorentina belum selamat


ADVERTISEMENT