mattzzx Publish time 4-4-2024 09:40 AM

Leverkusen mara ke final Piala Jerman

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-GER-CUP-LEVERKUSEN-DUESSELDORF_1712191086.jpg
PEMAIN Leverkusen meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan.

Leverkusen, Jerman: Florian Wirtz menjaringkan gol pada kedua-dua babak perlawanan ketika Bayer Leverkusen membelasah Fortuna Duesseldorf 4-0 di tempat sendiri untuk mara ke final Piala Jerman buat kali kelima.

Kemenangan awal pagi tadi itu melebarkan rekod kemenangan Leverkusen kendalian Xabi Alonso kepada 40 perlawanan tanpa kalah musim ini sekali gus menyalakan impian treble mereka yang hanya meraih dua trofi utama dalam sejarah kelab.

Pemain tengah Granit Xhaka berkata pasukannya akan melakukan apa sahaja untuk merealisaikan impian penyokong selepas bertahun-tahun tanpa trofi kejuaraan.

"Final selalunya sangat istimewa," kata Alonso sambil menambah "kami perlu sedia tetapi kami perlu nikmati detik ini."


Mereka menjuarai Piala Jerman pada 1993 tetapi hanya muncul naib juara tiga kali selepas itu.

Leverkusen yang tidak pernah meraih gelaran Bundesliga kini berada 13 mata di depan Bayern Munich yang menduduki tangga kedua dengan baki tujuh perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077060/leverkusen-mara-ke-final-piala-jerman
Pages: [1]
View full version: Leverkusen mara ke final Piala Jerman


ADVERTISEMENT