mattzzx Publish time 4-4-2024 09:39 AM

Mbappe wira PSG

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-FRA-CUP-PSG-RENNES_1712189484.jpg
AKSI Mbappe ketika PSG menentang Rennais. FOTO AFP

Paris: Paris St Germain hanya selangkah untuk menjulang trofi ke-15 apabila jaringan Kylian Mbappe membawa pasukannya ke final Piala Perancis selepas menewaskan Stade Rennais 1-0, awal pagi tadi.

PSG yang bermula garang hampir mendahului pada awal perlawanan tetapi penjaga gol Steve Mandanda tampil cemerlang dan menyelamatkan penalti Mbappe pada minit ke-37.

Namun penyerang berusia 25 tahun itu memecah kebuntuan tiga minit selepas itu apabila meledak rembatan hantaran Fabian Ruiz untuk jaringan kelapannya sekali gus menggamatkan penonton di Parc des Princes.

PSG akan berdepan Olympique Lyonnais di final pada 25 Mei selepas menewaskan Valenciennes FC 3-0 semalam.


Rennes berusaha mencari gol penyamaan untuk memaksa penentuan penalti tetapi percubaan Martin Terrier adalah yang terbaik mereka mampu lakukan manakala Mandanda memastikan hanya satu gol dibolosinya.

PSG selaku pendahulu Ligue 1 akan menentang Clermont Foot pada Sabtu sebelum menerima kunjungan Barcelona di suku akhir Liga Juara-Juara Khamis depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077053/mbappe-wira-psg
Pages: [1]
View full version: Mbappe wira PSG


ADVERTISEMENT