menton Publish time 24-3-2011 12:49 PM

walawey....
suweet tak hengat....comelnye la....owh detox , u memang best....i can't stop smiling baca entry u....thumbs up

bungaros Publish time 24-3-2011 04:10 PM

so sweet................:loveliness:

azwamg Publish time 3-5-2011 02:19 PM

Tak puas, sambung lagi.

shimah81 Publish time 3-5-2011 04:15 PM

sweet laaa..kalu sambung best nih..

fizziany Publish time 3-5-2011 10:11 PM

buleh kasi panjang lagi nih....
idea menarik....
bolehla detox kuarkan sume teknik2 mengorat awek...
then, citer ni boleh jadi panduan kepada teruna2 dan bujang2 lapuk diluar sana yang masih belum mempunyai awek....atau...kepada mana2 anak bujang yang mahu mencari awek baru...

sori ya detok...seronok lak baca....

anieaina Publish time 4-5-2011 09:51 AM

Salam detox,
Wah Imran dah dewasa dan dah mula nak ikut jejak Dato' Nadim.

Langkah ketiga kena tunggu lama ke :D

azwamg Publish time 5-5-2011 08:34 AM

Bestnya ada citer baru dari Detox.

yaya4075 Publish time 27-7-2011 05:16 PM

SAMBUNG LE LAGI....CAM SWEET JE.....{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}

Syafiya Publish time 28-7-2011 10:40 PM

la... baru nak senyum2 baca citer family nadim syah. bila nak sambung nie?

nanopiko Publish time 29-7-2011 11:30 AM

xde lg kew???

Syafiya Publish time 29-7-2011 12:39 PM

citer pasal nadim nie kan... hubby saya dok pening sebab saya dah jatuh cinta ngan keta nadim, messarati tu... kena pergi ngorat cristiano ronaldo la gamaknya untuk test drive keta tu..

chengkeh Publish time 29-7-2011 03:58 PM

pada semua yang sudi membaca CERPEN ini, terima kasih.

buat masa skrg belum ada tanda babak ke3 a ...
detox Post at 17-3-2011 12:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


detox!!!!!!
sambungla lagik....
please.....sambungla.....
rindu sangat kat family nih....

baru neh aku panjat broga...
tingat kenangan ngan nadeem..:lol: :lol:

AinHazwan Publish time 29-7-2011 08:57 PM

bestnye..feeling lebay daku mlm nih..haha' :$

chengkeh Publish time 3-8-2011 03:57 PM

untu sesaper kawan2 yg kenal marcell,
marcell kim salam....dia bz skang ni...tak sempat nak
sembang2 kat sini....

shana85 Publish time 3-8-2011 04:43 PM

best.. klu boleh sambunglah lagi:D:D

detox Publish time 12-9-2011 09:52 PM

Assalamualaikum semua !!!

Hari ni tak semena-2 menaip cerita Imran. Saja-2 melarikan diri dari kekalutan yang macam-macam.

To all enjoy the first part of this cerita pendeks ! he he he

detox Publish time 12-9-2011 09:54 PM

KERETA meluncur laju. Sesekali sekala matanya terkalih pada jam di dashboard. Sempat lagi...sempat lagi, seiring dengan kata-kata itu, kakinya menekan pedal minyak dan kereta semakin laju. Imran mengetap bibir, matanya tertumpu pada jalanraya Lebuhraya Utara Selatan yang lengang. Jantungnya berdebar makin kencang ketika membelok ke susur keluar Damansara. Ketika kereta itu menghampiri bulatan berdekatan Hospital Assunta jantungnya rasa macam hendak berhenti. Riak mukanya cuba ditenangkan seboleh mungkin, konon hendak menyembunyikan rasa teruja yang terlebih-lebih. Ada parkir kosong betul-betul di hadapan bangunan perpustakaan itu. Enjin di matikan, nafas dikeluarkan sampai termengah-mengah cuba menghentikan jantungnya dari terjatuh ke lantai kereta.

Cepat la Imran !!!! Ok ! Ok ! Kali ini dia menarik nafas panjang mengumpul sebanyak-banyaknya kekuatan. I can do this..Ya Allah, biarlah lidah ku lancar macam Nadim Syah ! Imran tersengih sedikit dengan doanya itu.

Mata petugas yang duduk di kaunter hadapan pintu masuk terus tersenyum. Dia gamit Imran cepat-cepat.

        'Hi...' mula Imran. Resah hatinya kena panggil begitu. Sudahlah waktu tinggal sedikit sahaja sebelum jam di perakam waktu memainkan lagu menandakan waktu kerja sudah tamat.
        'Lama tak nampak....' perempuan itu cuba berbasa basi.
        'Outstation ke Penang....'
Perempuan itu angguk, senyum tidak lekang-lekang.
        'Ni terus dari Penang ke ?'
Imran angguk cepat-cepat.
        'Oh, rindu ?'

Imran membeliakkan matanya. Nampak jelas sangatkah di wajah apa yang terlindung di hati. Pipinya terus jadi merah. Imran hanya senyum. Manis sampai perempuan di kaunter bergetar hati. Sayang dia sudah kahwin, kalau tidak boleh juga mengurat lelaki berlesung pipit sebelah. Sudah lah lawa manis pula tu !

        'Dia ada ke ?' Imran rasa suaranya bergegar, macam masa kena interview dahulu.
        'Ada kat atas, dalam ofis dia...'
Imran angguk, sesuatu di fikirannya.
        'Nak saya panggil ?'

Hah ! Pandai betul Cik Yati si penjaga kaunter ni. Buat kerja Imran makin mudah.

        'Boleh juga, itu pun kalau tidak menganggu.' Itu kata di bibir, tapi dalam hati sudah bertepuk-tepuk gembira.
        'Tunggu jap.'

Yati masuk ke dalam ofis. Seorang lagi petugas di kaunter Pemulangan Buku tersenyum-senyum sahaja.

detox Publish time 12-9-2011 09:56 PM

'Nana tu kurang bercakap, tapi kalau kena gaya dia peramah juga. Paling dia suka, baca buku.'

Wah ! Semua orang macam hendak tolong aku ayat si Nana ni je. Thank you ! Thank you !
Imran jadi lebih relaks sedikit. Jantung yang tadi bergoncang sakan sudah kembali berdenyut macam orang biasa.

        'Buku apa dia suka ?'
        'Dia baca semua, rasanya kebanyakan buku kat sini dia dah baca. Memang sesuai betul dia jadi Librarian !'

Imran senyum. Satu persamaan. Dia juga suka sangat membaca. Hm ! Tapi kalau dating takan baca buku saja..adeh... Ketika itu dia teringat usikan Rizal, lantas senyum disimpulkan.

        'Jap lagi dia turun. Tunggu lah sekejap....' kata Yati dengan ceria sebaik dia kembali.
        'Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.'
        'Sama-sama.'
        'Tak sangka ramai nak tolong saya mengur....' Imran hentikan apa yang hendak dia ucapkan.

Dia gigit hujung lidah. Memang dia tengah nak mengurat lah. Baru cuba-cuba, tapi nampak macam dipermudahkan saja.

        'Kami memang suka tolong menolong !' seloroh Yati dan di sambut ketawa kecil kawannya yang seorang lagi.
        'Ha tu pun dia ...'

Imran terus memaling. Nana yang tadi jalan dengan steady terus jadi berterabur. Hantu punya Yati ! Ingatkan panggil sebab nak minum kopi rupanya mamat clumsy yang suka langgar troli ni yang datang.

Jantung Imran kembali menari-nari, makin laju, semua rentak ada, cha-cha, samba, salsa, latin, tango, swing, waltz, sampaikan ke inang, joget dan tarian lilin pun ada ! Sejak hari dia beri kad, sudah hampir dua minggu dia tidak lihat wajah manis gadis itu. Sampaikan kerja di Pulau Pinang pun jadi haru biru, serabut perut kata orang utara.

Tidak disangka-sangka kakinya ringan melangkah merapati Nana yang berdiri hampir dengan meja pengawal keselamatan.

        'Hai..how are you ?'

Wow !! kata hati Imran. Bangga rasanya apabila dia boleh melontarkan pertanyaan itu tanpa susah payah. Paling dia takut suara tidak keluar, tersekat di kerongkong. Dulu, masa baru baligh dia cuba mengurat rakan sekelas. Nasib baik ada Rizal, dia lah yang buat-buat tepuk belakang Imran, baru boleh keluar suara. Tapi sayangnya, bila kata-kata yang tersekat mula keluar,gadis tu pun dah hilang entah ke mana. Lebih sakit hati Rizal ketawa tak ingat dunia dan benda tu jadi 'joke of the year' oleh keluarga Nadim Syah. Bengang betul !

        'Sihat. Alhamdulillah. Awak ?' Nana buat muka biasa, dan dengan sengaja dia tatap mata Imran. Walau dalam hati sendiri mengelabah tapi dia control seboleh mungkin. Tampak jelas di wajah lelaki itu mukanya tergeliat kena renung. Bukan muka saja, lidah pun tergeliat sama.
        'Err...' Imran deham sekali. Matanya terkebil dua kali, kemudian dia deham lagi bila mata lunak terus-terus merenungnya. Dia buka bibir sedikit agar ada udara masuk, langkah berjaga-jaga mana tahu tiba-tiba pengsan tak cukup udara. Tak mahu ada satu lagi 'joke of the year', mana nak sorok muka !

        Nana sengaja membulatkan mata dan mempamerkan senyuman nakal.

        Boleh tahan juga Cik Adik ni...bernafas Imran, nafas perlahan-lahan.

detox Publish time 12-9-2011 09:58 PM

'Err..saya..okeey..' Imran rasa cam nak tampar mulut sendiri, OK yang terkeluar nyaring sangat sebelum hilang tiba-tiba. Entah kenapa dia rasa suara macam Acappan sahaja. Pipi terasa panas dan perutnya dilanda tsunami.
        'Kenapa nak jumpa ?' Nana sudah nampak lelaki handsome depannya ada masalah ketika berhadapan dengan gender berlainan. Sakat best ni !
        'Emm... ni, saya rasa awak akan suka buku-buku ni.' Dia hulurkan satu beg kertas berwarna coklat yang tertera nama sebuah kedai buku.
        'Oh. ...' dia sambut beg kertas itu lantas mengeluarkan isi kandungannya. Nana tersenyum. Cute la dia ni !!
        'Little Miss Series ?' senyum masih terukir.
        'Saya tidak tahu awak Little Miss yang mana satu, jadi saya beli semuanya.' Kini giliran Imran pula memahatkan mata pada si gadis.

Rona pipi mulus itu sedikit demi sedikit menjadi merah hinggalah Imran terpaksa mengalihkan mata, tidak mahu terus membuat Nana jadi serba tidak kena. Oh, tadi buat-buat berani, ni tenungan anak Nadim Syah. Sekali tenung terus mengelabah ! Imran ketawa terkekek di dalam hati. Harap-harap tidak lama lagi giliran cerita Imran pula menjadi gosip hangat Nadira dan Nadim. Tidak ketinggalan si penyibuk Rizal, dan Imran harus berhati-hati tidak mahu nanti Nana terkena dengan si 'ketot' tu macam Dr A4 !

        'Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Ada kerja menanti.' Masa itulah juga muzik perakam waktu beralun. Tanda tamat lah sudah waktu kerja Nana Malek.
        'Apa kata hari ni awak tak payah overtime. Teman saya minum kopi ?' Imran makin rasa berjaya.

Doanya tadi dikabulkan. Kata-kata macam air, keluar laju saja. Jantung pun sudah damai, ya saat matanya berlabuh pada wajah itu, jantungnya sedikit demi sedikit kembali tenang. Setenang wajah Nana Malek. Wajah yang dia rindu, yang buat dia macam pungguk rindukan bulan. Siang mahu bertemu malam dan malam tidak sabar-sabar menanti mentari pagi.

        'Tak mengapa. Saya habis setengah jam lagi. Sekarang waktu anjal.'
        'Ok, kalau macam tu saya tunggu. Jom..'

Nana kerut dahi. Keberaniannya mengusik tadi memakan diri. Dia sesak nafas. Dia salah tafsir, dia ingat lelaki ini akan mengelabah sampai megeletar lutut, rupa-rupanya dia yang sekarang mengeletar satu badan. Manakan tidak, lirik mata dengan senyuman manis itu macam racun dalam madu. Racun yang bisa buat nafasnya berhenti dan madu yang boleh buatkan dia kembali bernafas. Aduh ! Dia ni macam hero dalam buku-buku cerita lah. Hmm ! Nana berhentilah berangan, hero yang perfect hanya dalam novel sahaja.

        'Jom ? Pergi mana ?' tanya Nana terkulat-kulat.
        'Saya nak naik atas, baca buku. Sambil jadi jaga , cukup masa saya akan tunggu depan pintu Cik Nana untuk pastikan Cik Nana tak lari.'

Erk ! Mati aku ! Dan Nana terus berlalu cepat. Sempat dia mengerling pada Yati yang sedang mengetik kad perakam waktu. Siap kau Yati ! Mereka sempat berbalas senyum dan Yati angkat-angkat kening sambil tersenyum penuh makna. Nana cebik panjang, langkahnya juga turut panjang-panjang, kalau boleh nak berlari naik tingkat atas.

yaya4075 Publish time 13-9-2011 02:24 PM

SWEET {:1_147:}SWEET {:1_147:}SWEET {:1_147:}SWEET {:1_147:}SWEET {:1_147:}
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: CERPEN : Syyy ! [U]


ADVERTISEMENT