sfhzuraz Publish time 4-4-2024 12:56 AM

PTPTN serah takaful kepada waris pendeposit RM93,000

PTPTN serah takaful kepada waris pendeposit RM93,000

Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 3, 2024 @ 8:07pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/tnn_1712151387.jpg
Datuk Norliza Abdul Rahim (tiga dari kanan) menyampaikan takaful kepada ibu kepada pendeposit Simpan SSPN Plus - Foto Ihsan PTPTN



ALOR SETAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyerahkan perlindungan takaful dan khairat kematian berjumlah RM93,000 kepada ibu kepada pendeposit Simpan SSPN Plus iaitu Allahyarhamah Wan Siti Aishah Megat Hashim bagi meringankan beban keluarganya.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata Wan Siti Aishah, 42, yang meninggal dunia pada 13 April tahun lalu membuka akaun untuk diri sendiri sejak 22 September 2016.
Katanya, akaun yang dibuka beliau adalah di bawah Pakej Nilam sebanyak RM300 sebulan iaitu simpanan RM270 dan RM30 untuk caruman takaful.
"Melalui caruman takaful RM30 sebulan, pendeposit Simpan SSPN Plus dilindungi dengan manfaat perlindungan takaful iaitu kematian biasa.
"Produk ini menawarkan enam pakej simpanan terdiri daripada simpanan dan perlindungan takaful komprehensif di samping sumbangan premium yang murah.
"Menariknya, Simpan SSPN Plus menawarkan keistimewaan tambahan yang lebih baik dengan tiga pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke rumah waris pendeposit berkenaan di Jitra hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Pengurus Besar Kanan PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Kedah, Fauzi Azli Salleh.
Norliza berkata antara keistimewaan lain adalah perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima orang, takaful penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital dan perlindungan takaful sehingga berumur 69 tahun, tertakluk syarikat pengendali takaful yang dipilih.
"Selain itu, komitmen serendah RM30 sebulan untuk pakej Intan dan tiada pemeriksaan kesihatan kecuali yang ingin membuka pakej Berlian, perlu menjawab tiga soalan kesihatan.
"PTPTN telah menganjurkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 dengan tawaran hadiah wang tunai lebih RM1.3 juta untuk 983 pendeposit sebagai usaha menggalakkan lagi penabungan dalam kalangan ibu bapa untuk pendidikan tinggi anak-anak.
"Kami sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara sentiasa komited meringankan beban yang ditanggung waris dan anak-anak dalam memastikan masa depan pendidikan lebih terjamin," katanya.
PTPTN serah takaful kepada waris pendeposit RM93,000 (bharian.com.my)




Pages: [1]
View full version: PTPTN serah takaful kepada waris pendeposit RM93,000


ADVERTISEMENT