sfhzuraz Publish time 4-4-2024 12:44 AM

Bayarlah tunggakan gaji mereka - MB Perlis

Bayarlah tunggakan gaji mereka - MB Perlis

Oleh Aizat Sharif - April 3, 2024 @ 10:35pmbhsukan@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/perli3424_1712154943.jpg
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mahu pengurusan PUFC selesaikan tunggakan gaji pemain. – Foto NSTP/Aizat Sharif



KANGAR: Kerajaan Perlis mahu pengurusan Perlis United FC (PUFC) bertanggungjawab dalam melunaskan tuntutan gaji tertunggak selama dua bulan kepada lebih 20 pemain kelab itu musim lalu.
Ini berikutan tunggakan berjumlah sekitar RM150,000 bagi gaji September dan Oktober tahun lalu masih gagal dilunaskan pengurusan meskipun kontrak pemain kelab itu sudah tamat sejak enam bulan lalu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya tidak boleh mempertimbangkan lagi apa juga bentuk bantuan terhadap kelab yang berpangkalan di Kangar itu berikutan sudah dua kali bantuan kewangan diberikan kepada mereka pada kempen Liga M3 musim lalu.
"Saya rasa pengurusan PUFC kena bertanggungjawab sebab sebelum ini sudah dua kali mereka mohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan saya sudah luluskan.
"Malah mereka kata selepas bantuan kali kedua itu, mereka tidak akan memohon lagi sebarang bantuan daripada kerajaan negeri disebabkan katanya sudah ada peruntukan dan mereka kena tunaikan janji mereka kepada pemain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Katanya, kemelut berkenaan dilihat semakin serius manakala pengurusan PUFC pula dilihat 'lepas tangan' dalam menyelesaikan kemelut itu.
"Jadi kerajaan negeri tak boleh pertimbang lagi, sekarang kena letak tanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan PUFC.
"Kami minta pengurusan PUFC selesaikanlah tunggakan gaji pemain sebab masa mohon dulu mereka maklumkan sebegitu dan malah mendakwa sudah ada sumber kewangan untuk selesaikan masalah," katanya.
Bayarlah tunggakan gaji mereka - MB Perlis (bharian.com.my)




Pages: [1]
View full version: Bayarlah tunggakan gaji mereka - MB Perlis


ADVERTISEMENT