sfhzuraz Publish time 3-4-2024 05:32 PM

Suami isteri jual makanan kepada orang tidak puasa kena denda

Suami isteri jual makanan kepada orang tidak puasa kena denda


Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/3hmjual1x_1712135384.jpg
SUAMI isteri (kanan dan dua dari kanan) masing-masing didenda RM1,500 kerana menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.



Kuala Terengganu: Suami isteri masing-masing didenda RM1,500 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, di sini, hari ini kerana menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.
Pasangan berusia 57 tahun dan 55 tahun itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Zamzam Ismail selepas mereka yang juga pemilik kedai makan mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Suami isteri itu dituduh menjual kepada orang Islam makanan untuk dimakan pada waktu berpuasa, di sebuah kedai makan di daerah ini pada 11.25 pagi semalam.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 19 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.
Selain itu, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lagi lelaki berusia 43 tahun yang juga pelanggan di kedai berkenaan.
Perintah itu dikeluarkan mahkamah selepas tertuduh gagal menghadirkan diri bagi sebutan kes sama di mahkamah, hari ini dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Untuk rekod, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menetapkan urus niaga makanan dan minuman membabitkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam hanya dibenarkan bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.


Disiarkan pada: April 3, 2024 @ 5:09pm
Suami isteri jual makanan kepada orang tidak puasa kena denda (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Suami isteri jual makanan kepada orang tidak puasa kena denda


ADVERTISEMENT