sfhzuraz Publish time 3-4-2024 03:58 PM

Mufti kesal, kecewa tindakan Aliff Syukri

Mufti kesal, kecewa tindakan Aliff Syukri

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

03 April 2024 02:26pm














GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik klip video lagu Hari Raya di media sosial.
Wan Salim berkata, perlakuan itu jelas tidak senonoh apabila sekumpulan lelaki Melayu yang beragama Islam terkinja-kinja menari sambil menyanyikan lagu Hari Raya dengan gaya yang memualkan.


Menurutnya, lebih mengecewakan, ia dimuat naik di media sosial ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menunaikan puasa di bulan yang mulia ini.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/03/2601202.jpg
Wan Salim. Laporan Sinar Harian.



"Tindakan itu sangat tidak sopan apatah lagi ia dimuat naik dalam bulan Ramadan. Bagi saya, usahawan itu dan kumpulannya sama sekali tidak menghormati bulan yang mulia ini apabila tanpa segan silu menari dengan gaya yang keterlaluan seperti orang mabuk yang tidak siuman.

"Kelakuan tidak bersopan ini menunjukkan bahawa para pelakunya mungkin tidak pernah didedahkan kepada pendidikan agama dan akhlak oleh keluarga mereka," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Tambah Wan Salim, sebagai umat Islam, kita sepatutnya komited terhadap adab-adab tertentu terutama dalam bulan Ramadan dan bukannya bertindak sesuka hati.
"Bulan barakah ini adalah satu peluang yang mesti direbut untuk beribadah dan beramal soleh, bukan dipenuhi dengan program-program yang tidak sesuai seperti yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan.



"Sekiranya mahu berhibur sekali pun, biar lah dengan cara yang bersopan dan sesuai dengan ketika dan suasana bulan ibadah yang perlu dihormati ini " ujarnya.
Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan kurang sopan.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadam video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.
Susulan daripada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu.
Fahmi berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, Fahmi juga menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.
Mufti kesal, kecewa tindakan Aliff Syukri - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Mufti kesal, kecewa tindakan Aliff Syukri


ADVERTISEMENT