mattzzx Publish time 3-4-2024 03:31 PM

SYM Maxsym TL508 dilancar untuk pasaran Malaysia

https://paultan.org/image/2024/04/SYM-Maxsym-TL508-studio-BM-3-630x551.png

Pengedar rasmi motosikal SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan dua buah skuter baru untuk pasaran Malaysia, dan salah daripadanya adalah Maxsym TL508. Ia boleh dianggap sebagai pengganti bagi TL500 yang dipasarkan pada harga RM35,800 sebelum ini.

TL500 dipacu oleh enjin dua silinder empat strok 508 cc yang menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik, penyejukan cecair serta mendapat pengiktirafan Euro 5, dipadankan bersama transmisi automatik CVT dengan pacuan rantai dan mampu menghasilkan kuasa sekitar 45 hp pada 6,750 rpm dan tork 49.9 Nm pada 5,250 rpm.

SYM mendakwa, TL508 ini mampu memberikan prestasi pengendalian cemerlang, hasil daripada agihan berat 50:50 antara hadapan dan belakang, jarak roda pendek, tapak enjin seperti motosikal biasa serta suspensi yang terdiri daripada for USD di hadapan dan monoshock single sided dengan multi-link di belakang.

https://i1.wp.com/paultan.org/image/2024/04/SYM-Maxsym-TL508-studio-BM-6.jpeg?w=415&h=261&ssl=1https://i2.wp.com/paultan.org/image/2024/04/SYM-Maxsym-TL508-studio-BM-12.jpeg?w=207&h=128&ssl=1https://i2.wp.com/paultan.org/image/2024/04/SYM-Maxsym-TL508-studio-BM-15.jpeg?w=207&h=129&ssl=1

Kedua-dua rim TL508 menggunakan unit 15 inci, dibalut tayar 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang manakala brek pula terdiri daripada cakera berkembar 275 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera 275 mm dengan angkup satu piston di belakang – ABS dual-channel datang secara standard.

Kelengkapan lain yang disediakan pada TL508 ini adalah termasuk sistem tanpa kunci, skrin TFT, kawalan cengkaman (TCS), tangki bahan api 12.5 liter, lampu LED hadapan dan belakang, soket pengecas USB, ruang simpanan bawah tempat duduk dan dua poket bawah bahagian pemegang serta berat keseluruhan 227 kg.

Harga yang ditetapkan untuk TL508 ini di pasaran Malaysia adalah RM46,888 tidak termasuk insurans, dan ditawarkan dalam tiga warna iaitu kelabu, hitam dan ungu.
https://paultan.org/2024/04/01/sym-maxsym-tl508-dilancar-untuk-pasaran-malaysia-skuter-508-cc-dengan-pelbagai-kelengkapan-rm47k/
Pages: [1]
View full version: SYM Maxsym TL508 dilancar untuk pasaran Malaysia


ADVERTISEMENT