sfhzuraz Publish time 3-4-2024 02:58 PM

Kakitangan awam Perlis Gred 56 terima duit raya RM500

Kakitangan awam Perlis Gred 56 terima duit raya RM500


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/shukrianan1_1712126450.jpg
MOHD Shukri mengumumkan bonus Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam kerajaan negeri Perlis. FOTO Aizat Sharif



Kangar: Kerajaan Perlis bersetuju memberi bonus Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pemberian bonus itu dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 1,200 kakitangan kerajaan.
"Penganugerahan bonus ini membabitkan kakitangan kerajaan negeri Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak dan dijangka diberikan menjelang Aidilfitri pada Rabu minggu hadapan.
"Dalam masa sama, pesara yang berkhidmat untuk negeri sebelum ini turut menerima bonus sebanyak RM250," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM650,000 untuk sumbangan bonus Aidilfitri pada tahun ini.
"Kita berharap kakitangan kerajaan negeri yang mendapat anugerah ini dapat berbelanja secara berhemah untuk pastikan kemeriahan Aidilfitri dapat dinikmati oleh semua pihak," katanya.
Katanya, pemberian bonus Aidilfitri itu pertama kali dibuat selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Perlis pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.


Disiarkan pada: April 3, 2024 @ 2:41pm
Kakitangan awam Perlis Gred 56 terima duit raya RM500 (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kakitangan awam Perlis Gred 56 terima duit raya RM500


ADVERTISEMENT