mattzzx Publish time 3-4-2024 01:48 PM

Penculik maut ditikam wanita ketika hubungan seks

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/logo-polis-2.jpeg
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang wanita dicekup selepas dipercayai menikam penculik yang bertindak mengurungnya sehingga mati dengan sebilah pisau pemotong sayur ketika mereka melakukan hubungan seks, pada Khamis lalu.

Mayat lelaki yang berusia 45 tahun itu dijumpai dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di depan tandas awam Dataran Lemang, Manek Urai di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu mendapati ada kesan tikaman pada bahagian perut, namun tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi tersebut.

Menurutnya, lelaki itu merupakan suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita berusia 28 tahun di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati, mangsa telah membawa wanita tersebut dari Sungai Tong, Setiu di Terengganu ke beberapa kawasan di daerah Kuala Krai.

“Wanita itu menikam mangsa dengan tiga tikaman pada bahagian perut menggunakan sebilah pisau ketika mereka melakukan hubungan seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada luka pada bahagian perut akibat kesan tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka pada bahagian dalam perutnya menjadi parah sehingga terkena jangkitan kuman.

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik,” ujarnya.

Menurut Muhamad Zaki, polis telah menahan wanita tersebut dan merampas sebilah pisau pemotong sayur.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/03/penculik-maut-ditikam-wanita-ketika-hubungan-seks/
Pages: [1]
View full version: Penculik maut ditikam wanita ketika hubungan seks


ADVERTISEMENT