mattzzx Publish time 3-4-2024 01:42 PM

Ajal rempuh pokok tumbang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh33nahas_1712119545.jpg
Warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pokok tumbang dekat Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Petron Taman Sri Mawar, Seremban, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pokok tumbang dekat Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Petron Taman Sri Mawar, di sini, jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pokok berkenaan tumbang dan melintang jalan utama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang lelaki berumur 62 tahun bergerak dari arah Taman Marida menuju ke Seremban 2.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang di lorong kiri dipercayai melanggar sebatang pokok yang tumbang melintang di laluannya.


"Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HTJ untuk bedah siasat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1231031/ajal-rempuh-pokok-tumbang
Pages: [1]
View full version: Ajal rempuh pokok tumbang


ADVERTISEMENT