mattzzx Publish time 3-4-2024 01:01 PM

Liverpool tak boleh cicir mata berdepan Sheffield United

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Curtis_Jones_1712112318.jpg
JONES dijangka akan kembali diturunkan dalam aksi berdepan Sheffield United. -FOTO AFP

London: Liverpool sedar mereka tidak boleh kehilangan mata apabila turun menentang kelab tercorot Sheffield United di Anfield awal pagi Jumaat ini.

The Reds bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Brighton Ahad lalu dan kembali ke puncak Liga Perdana.

Keputusan seri Arsenal dengan Manchester City selepas itu menyaksikan pasukan kendalian Jurgen Klopp kini mendahului dua mata, namun kedudukan itu mungkin akan berubah esok.

Arsenal dan City kedua-duanya beraksi pada awal pagi esok dan masing-masing akan menjadi tuan rumah kepada Luton dan Aston Villa.


Ia akan menjadi satu lagi minggu yang besar dalam perlumbaan kejuaraan dengan Liverpool turun berdepan perlawanan di Old Trafford, menentang Manchester United pada hari Ahad, seterusnya membalas dendam kekalahan di suku akhir Piala FA baru-baru ini.

Namun mereka yang sebelum ini dilanda krisis kecederaan berkemungkinan akan bertambah baik dengan kehadiran Curtis Jones dan Andy Robertson.

Jones tidak bermain sejak mengalami kecederaan buku lali di Brentford pada Februari manakala Robertson mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Scotland semasa rehat antarabangsa.

Kedua-duanya kembali berlatih minggu lalu tetapi tidak diturunkan menentang Brighton sekali gus memberi Klopp banyak pilihan untuk kesebelasan utamanya.

Di gawang, Caoimhin Kelleher yakin akan diturunkan dengan Alisson masih diketepikan ketika penjaga gol Republik Ireland semakin mendapat perhatian.

Trent Alexander-Arnold sekali lagi akan diketepikan dengan Conor Bradley berkemungkinan akan mengekalkan tempatnya di bek kanan, manakala Ibrahima Konate mungkin akan digandingkan bersama Virgil van Dijk selepas direhatkan Ahad lalu.

Klopp mungkin memilih untuk memberi Robertson peluang keluar dari bangku simpanan dengan Kostas Tsimikas berharap diturunkan beberapa minit lagi menentang Blades.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1076749/liverpool-tak-boleh-cicir-mata-berdepan-sheffield-united
Pages: [1]
View full version: Liverpool tak boleh cicir mata berdepan Sheffield United


ADVERTISEMENT