mattzzx Publish time 3-4-2024 12:22 PM

14 rumah dilanda banjir kilat di Cameron Highlands

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0403rsbnjr_1712114901.jpg
Seramai 10 anggota BBP Cameron Highlands telah melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak ada lagi kecemasan lain. FOTO AMIR HAMZAH NORDIN

Cameron Highlands: Empat belas buah rumah terjejas akibat berlaku limpahan air dari Sungai Kampung Raja dan berlaku banjir kilat di Kampung Gerak Sepadu, Taman Desa Corina di sini, pagi hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Amir Nuddin Mat berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands menerima panggilan kecemasan pada 1.18 pagi.

"Sebanyak 14 buah rumah terbabit dan keadaan banjir sudah surut sepenuhnya ketika pihak bomba dan jentera tiba di lokasi.

"Kesemua mangsa selamat dan kerja-kerja membersihkan sisa-sisa banjir sudah dilakukan oleh penduduk di situ dan tiada operasi pemindahan dilakukan," katanya.


Menurutnya, limpahan air dari sungai itu menyebabkan paras air dianggarkan setinggi kira-kira 1.5 meter di lokasi.

"Seramai 10 anggota BBP Cameron Highlands sudah melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak ada lagi kecemasan lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076763/14-rumah-dilanda-banjir-kilat-di-cameron-highlands
Pages: [1]
View full version: 14 rumah dilanda banjir kilat di Cameron Highlands


ADVERTISEMENT