mattzzx Publish time 3-4-2024 11:47 AM

Netizen, samakan rambut asli Doja Cat macam bulu kambing biri-biri

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F02%2F2624626.png
Doja Cat membuat kemunculan dengan rambut aslinya.

SELEPAS lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi rap Doja Cat kembali dengan teaser single terbaharunya berjudul Masc yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Walaupun lagu terbaharu Doja sangat dinanti-nantikan peminat namun ada pula segelintir peminat yang melemparkan komen negatif terhadap penampilannya.

Menerusi gambar album single tersebut, Doja menonjolkan rambut aslinya yang berwarna putih dan kerinting.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/02/2624570.png
Netizen membuli penampilan Doja Cat di media sosial.

Tetapi ramai mengina rambutnya seperti bulu kambing biri-biri sehingga membuatkan penyanyi itu terasa hati.

"Saya membaca semua komen mengatakan rambut saya macam bulu karpet atau bulu kambing biri-biri.


"Jika tiada pernah baik hendak dicakap, kenapa tidak pilih bersikap matang dan diam? Tolong jaga percakapan apabila komen mengenai orang lain," katanya.

Ini bukan kali pertama penampilannya dikecam apabila imej botaknya dua tahun lalu turut dikecam peminat.

Bagaimanapun Doja masih boleh menerima kritikan dan menjelaskan dia lebih suka berambut pendek atau botak apatah lagi dia tidak gemar memakai rambut palsu.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/02/jahat-mulut-netizen-samakan-rambut-asli-doja-cat-macam-bulu-kambing-biri-biri
Pages: [1]
View full version: Netizen, samakan rambut asli Doja Cat macam bulu kambing biri-biri


ADVERTISEMENT