mattzzx Publish time 3-4-2024 10:52 AM

Ronaldo ledak hatrik babak pertama

https://assets.bharian.com.my/images/articles/raosnfalkfwlekgsd_1712103007.jpg
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meraikan jaringan ketika menentang Abha dalam saingan Liga Pro Saudi. - Foto AGENSI

ABHA: Cristiano Ronaldo meneruskan pesta jaringannya di Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr dengan meledak hatrik pertama ke atas Abha, termasuk dua gol menerusi sepakan percuma.

Ikon Portugal itu sudah mendahului senarai penjaring liga, dan semalam menghadiahkan hatrik berturut-turut untuk pasukannya - untuk hatrik ke-65 dalam kariernya.

Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-11 dengan sepakan percuma rendah dan menggandakan jaringan 10 minit kemudian dengan satu lagi sepakan percuma.

Kali ini pemain 39 tahun itu melakukan sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol Abha, Ciprian Tatarusanu.


Ronaldo melengkapkan hatrik dengan sekali lagi menewaskan Tatarusanu, kali ini dalam situasi satu lawan satu dengan tindakan penyudah yang menakjubkan.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/roansflajgw_1712103004.jpg
Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menyempurnakan dua sepakan percuma ketika melengkapkan hatrik ke atas Abha dalam aksi Liga Pro Saudi. - Foto AGENSI

Al-Nassr menamatkan babak pertama dengan kedudukan 5-0 selepas Sadio Mane dan Abdulmajeed Al-Sulaiheem turut menyumbang gol.

Ronaldo kini sudah meledak 29 kali dalam saingan liga musim ini dan mendahului senarai penjaring dengan pesaing terdekat adalah Aleksandar Mitrovic dari Al-Hilal.

Secara keseluruhan dia sudah meledak 42 gol dalam 41 penampilan di semua pertandingan untuk kelab Arab Saudi itu musim ini.

Sabtu lalu, Ronaldo turut melengkapkan hatrik dalam kemenangan 5-1 ke atas Al-Tai.

Ronaldo mungkin mampu berpesta gol menentang Abha, tetapi dia digantikan sebelum rehat babak kedua yang menyaksikan Al-Nassr menambah tiga gol lagi untuk kemenangan 8-0.

Al-Nassr masih ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Al-Hilal yang masih belum tewas musim ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230923/ronaldo-ledak-hatrik-babak-pertama
Pages: [1]
View full version: Ronaldo ledak hatrik babak pertama


ADVERTISEMENT