mattzzx Publish time 3-4-2024 10:48 AM

Russell pertahan Hamilton

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/George_Russell_1712104003.jpg
GEORGE Russell. -FOTO AFP

London: George Russell mempertahankan Lewis Hamilton selepas David Coulthard mengatakan juara dunia tujuh kali itu sudah terarah kepada Ferrari.

Tempoh 12 tahun Hamilton bersama Mercedes akan berakhir pada Disember ini apabila dia menyertai Ferrari untuk musim 2025.

Keputusan untuk menyertai Ferrari nampaknya adalah tepat memandangkan nasib kedua-dua pasukan berbeza dalam tiga pusingan pembukaan.

Ferrari berjaya menamatkan perlumbaan 1-2 di Grand Prix Australia menerusi kemenangan Carlos Sainz.

Sebaliknya, Mercedes dua kali berturut-turut gagal menamatkan perlumbaan, menjadikannya permulaan terburuk mereka untuk satu musim selepas lebih sedekad.

Hamilton secara umumnya dipintas Russell dalam ketiga-tiga sesi kelayakan.

Akibatnya, Coulthard mengkritik Hamilton: "Dia masih tidak selesa dengan kereta ini dan anda boleh tahu, George lebih baik dan anda boleh merasakan bahawa Lewis berada di belakang.

"Apa yang kita tahu, jika dia berada di prestasi terbaiknya, maka anda tahu dia akan melakukannya. Tetapi sekarang ini, ia kelihatan seperti sudah ke arah Ferrari, secara mental, dia sudah berada di sana."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1076716/russell-pertahan-hamilton
Pages: [1]
View full version: Russell pertahan Hamilton


ADVERTISEMENT