mattzzx Publish time 3-4-2024 10:46 AM

Brighton catat keuntungan besar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/brighton03a_1712108872.jpg
BRIGHTON catat keuntungan besar hasil penjualan pemain dan peningkatan prestasi sepanjang musim lalu. -FOTO Clearstone

London: Brighton mencatatkan rekod Liga Perdana £122.8 juta (RM733.34 juta) keuntungan selepas cukai didorong aksi terbaik kelab itu dan beberapa siri penjualan pemain yang memberi keuntungan lumayan musim lalu.

The Seagulls layak ke pentas Eropah buat kali pertama apabila menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana dan juga mara ke separuh akhir Piala FA untuk membantu peningkatan pendapatan kepada £204.5 juta (RM1.2 bilion).

Walaupun kehilangan pengurus Graham Potter kepada Chelsea yang turut menandatangani Marc Cucurella dari Brighton dengan harga £60 juta (RM358.25 juta).

Perpindahan Yves Bissouma ke Tottenham dan perpindahan Alexis Mac Allister ke Liverpool menyumbang kepada keuntungan £144 juta (RM860.04 juta) Brighton daripada jualan pemain.

Jumlah untuk 12 bulan hingga 30 Jun 2023 tidak termasuk rekod perpindahan Moises Caicedo ke Chelsea iaitu £115 juta (RM686.84 juta) kerana ia berlaku selepas tempoh perakaunan ditutup.

Kelab itu juga mengumumkan ketua eksekutif, Paul Barber menandatangani kontrak baharu sehingga 2030.

"Jumlah akaun ini sudah tentu akan menarik perhatian kerana nombor menjadi tajuk utama," kata Barber.

"Dalam musim apabila kami mencipta sejarah di atas padang, kami mengambil langkah besar ke hadapan dari segi matlamat kelab yang lama dipegang untuk menjadi lebih mampan dan kurang bergantung kepada (pemilik) Tony Bloom yang sangat murah hati."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1076733/brighton-catat-keuntungan-besar
Pages: [1]
View full version: Brighton catat keuntungan besar


ADVERTISEMENT