mattzzx Publish time 3-4-2024 10:45 AM

Guardiola bidas Keane kritik Haaland

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pep06_1712100843.jpg
PENGENDALI City, Guardiola. -FOTO AFP

London: Pep Guardiola berkata Erling Haaland harus dihormati sebagai "penyerang terbaik di dunia" selepas bintang Manchester City itu kritikan hebat oleh Roy Keane.

Bekas kapten Manchester United, Keane itu berkata "permainan biasa" Haaland "sangat buruk" dan "hampir sama seperti pemain Liga Dua."

Haaland dikritik Keane kerana prestasi hambarnya ketika City melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang saingan kejuaraan Liga Perdana, Arsenal Ahad lalu.

Haaland adalah penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 18 gol selepas memenangi Kasut Emas musim lalu semasa musim pertama yang luar biasa bersama City.


Dia menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan ketika skuad kendalian Guardiola itu menjulang Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Keane mengakui pemain Norway berusia 23 tahun itu berada dalam kelas tersendiri di hadapan gawang.

Tetapi bos City, Guardiola tidak terkesan dengan kenyataan Keane, menegaskan kegagalan untuk persembahan tanpa jaringan menentang Arsenal harus dikongsi oleh pasukan.

"Saya tidak bersetuju dengannya, sama sekali tidak. Dia penyerang terbaik di dunia dan dia membantu kami memenangi apa yang kami raih musim lalu. Erling luar biasa," kata Guardiola.

"Sebab kami tidak mencipta peluang bukan kerana Erling. Standard yang ada pada Erling adalah sukar dipercayai dan semua orang mengharapkan perkara lain.

"Ada perlawanan di mana dia boleh menjadi lebih baik tetapi saya tahu ketika perlawanan menentang Arsenal, kami tidak mencipta peluang bukan kerana Erling.

"Kami perlu lebih banyak berada di dalam kotak. Jika kami mempunyai peluang itu, Erling akan mempunyai lebih banyak ruang. Ia berlaku kadang-kadang. Jika anda mahu menjaringkan gol, bawa ramai pemain kepada penjaga gol lawan, ia semudah itu."

Kegagalan City untuk menewaskan Arsenal merencatkan usaha mereka untuk memenangi kejuaraan Inggeris keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1076703/guardiola-bidas-keane-kritik-haaland
Pages: [1]
View full version: Guardiola bidas Keane kritik Haaland


ADVERTISEMENT