maklukpenggoda Publish time 3-4-2024 10:17 AM

Perlukah Aliff Syukri dikenakan tindakan?

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.
Fahmi berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
"Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian… tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video berkenaan.
"Buat masa ini, kita biarkan dahulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Fahmi di sini, malam ini.
Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan kurang sopan.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadam video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.
Fahmi menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.
"Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun," katanya.
Beliau berkata, kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.
"Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka," katanya.
Justeru, Fahmi sekali lagi akan bertemu dengan pengendali platform media sosial dalam masa terdekat bagi memastikan ia selamat digunakan atau tidak digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.– BERNAMA






ezacbee Publish time 3-4-2024 10:30 AM

Trend baru ke hidung bertingkat

{:8_670:}

Kurex Publish time 3-4-2024 10:37 AM

hidung macam kena sumpahan

JunkMail Publish time 3-4-2024 10:52 AM

Perlu
Sebab dia ni setiap tahun buat benda sama...kena cerca minta maaf.. itu modus operandi dia .. ulang ulang.

{:8_636:}

Yoonggi Publish time 3-4-2024 11:02 AM

bagi je sekali, hukum berat sikit, biar dia serik

batmana Publish time 3-4-2024 11:05 AM

Taktik free marketing ni..buat benda bodoh..ramai petik termasuk menteri.dpt liputan media free..

swimswim Publish time 3-4-2024 11:06 AM

Menggeletis mcm ulat sampah

jas7512 Publish time 3-4-2024 11:16 AM

Hukum penjara utk 2 thn..hukuman lain x bg kesan kat dia..hukum mak dia sekali sbb enabler. Baru diam anak beranak ni

kepompong Publish time 3-4-2024 11:19 AM

keluarga bermasalah pun nak kena negara masuk campur :shakehead3:

pooh~key Publish time 3-4-2024 11:20 AM

Tak boleh tambah option ke dek? Akak nak sebat dalam keadaan bogel, sissthurrr… :$

pooh~key Publish time 3-4-2024 11:20 AM

Spank me daddy! Sissss….

ifanonline Publish time 3-4-2024 11:33 AM

masuk kan dlm sel najib

royaldanish Publish time 3-4-2024 11:42 AM

PERLU sekali dgn mak dia

Kitty_catz Publish time 3-4-2024 11:52 AM

acer boikot dia mcm kome boikot stabak mekdi

ni lg dia buat lg dishare sana sini... tu yg dia nak pun

B40tastePosh Publish time 3-4-2024 11:53 AM

Lagi la menggeletis dia kena sebat.

{:shyo

B40tastePosh Publish time 3-4-2024 11:55 AM

Katanye @Tinot7 suka lelaki2 local. Tu yang tak kawen2.

Pergi UK kot ada jodoh ke? Tapi pound pulak makin mahal.{:smileo

rumahbiru Publish time 3-4-2024 12:07 PM

dia ni gila publisiti, jadi jangan bagi dia apa2 perhatian:huffy

rezaremy Publish time 3-4-2024 12:15 PM

perluuuuu...macam melampauuu sgtttt

cap_ayam Publish time 3-4-2024 12:31 PM

Nak boikot, tapi memang kaka tak pernah dan tak akan beli pun produk keluaran mereka ni, serta tak view pun video keluaran mereka kat youtube.

amyza Publish time 3-4-2024 12:37 PM

Saje nak perhatian. Tiap thn buat benda sama nak kekal relevan. :I
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Perlukah Aliff Syukri dikenakan tindakan?


ADVERTISEMENT