sfhzuraz Publish time 3-4-2024 12:10 AM

7,000 asnaf di Pulau Pinang terima saguhati hari raya

7,000 asnaf di Pulau Pinang terima saguhati hari raya

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

02 April 2024 10:20pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/02/2600603.jpg
Mohamad (tengah) menyerahkan replika jumlah wang yang disalurkan kepada masjid terpilih untuk diagihkan kepada asnaf di seluruh Pulau Pinang.



BAYAN LEPAS - Seramai 7,000 asnaf fakir dan miskin menerima agihan Saguhati Hari Raya Fakir dan Miskin bagi tahun ini melibatkan RM5.82 juta.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pemberian saguhati itu akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula petang Selasa.


Menurutnya, setiap asnaf fakir yang layak akan menerima sebanyak RM700 manakala bagi asnaf miskin sebanyak RM600.
"Bagi menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, Kerajaan Pulau Pinang meraikan dan menyantuni asnaf fakir dan miskin melalui agihan zakat saguhati hari raya kepada asnaf fakir dan miskin.


"Sumbangan saguhati ini diadakan secara tahunan yang merupakan satu inisiatif agihan zakat yang dilaksanakan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi meringankan beban penerima dalam kalangan asnaf di Pulau Pinang untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal," katanya pada Selasa.
Mohamad sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 20 wakil asnaf Majlis Penyerahan Saguhati Hari Raya Fakir Miskin ZPP di Masjid Al-Huda Sungai Ara di sini.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/02/2600604.jpg
Mohamad menyerahkan bantuan dan saguhati kepada salah seorang asnaf yang hadir di Majlis Penyerahan Saguhati Hari Raya Fakir Miskin ZPP di Masjid Al-Huda Sungai Ara.



Tambah beliau, jumlah diterima oleh asnaf itu berdasarkan peruntukan yang diluluskan merujuk kepada kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.84 juta yang dipungut.



"Pendekatan yang digunakan oleh ZPP bagi penyaluran sumbangan ini adalah menerusi kerjasama dengan pihak kariah masjid yang berperanan sebagai pihak dalam mengenal pasti asnaf dan menyalurkan sumbangan saguhati hari raya menerusi akaun masjid masing-masing.
"Justeru, keprihatinan Kerajaan Pulau Pinang terhadap asnaf fakir dan miskin, bukan sekadar memastikan pengagihan wang zakat dilaksanakan dengan teratur, malah keprihatinan ini diterjemahkan melalui agihan zakat yang disalurkan.
"Ia diharap agar menjadi pemangkin bertambahnya iman dan takwa melalui pelaksanaan ibadat wajib dan sunat serta melaksanakan kewajipan zakat fitrah di bulan yang mulia ini tanpa perlu memikirkan kesusahan hidup yang dihadapi," katanya.
Mohamad turut berterima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat di ZPP.
"Saya amat berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu ZPP meneruskan agenda penting untuk membela golongan yang kurang berkemampuan khususnya asnaf di Pulau Pinang.
"Saya juga berharap agihan saguhati ini digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan ketaatan kepada ALLAH dan tali persaudaraan yang erat sesama Muslim selaras dengan hikmah ibadat zakat khususnya zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua umat Islam dalam Ramadan ini," katanya.
7,000 asnaf di Pulau Pinang terima saguhati hari raya - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: 7,000 asnaf di Pulau Pinang terima saguhati hari raya


ADVERTISEMENT