sfhzuraz Publish time 2-4-2024 01:56 PM

Polis cari Noorsyafiqa

Polis cari Noorsyafiqa

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

02 April 2024 01:15pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/02/2599774.jpg
Noorsyafiqa dicari untuk menjadi saksi kes perbicaraan berkaitan dadah pada 4 dan 5 April ini.



BUKIT MERTAJAM - Polis mencari seorang wanita untuk menjadi saksi bagi satu kes perbicaraan berkaitan dadah yang akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Butterworth pada 4 dan 5 Disember ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, saksi tersebut diperlukan untuk satu kes yang sedang dalam perbicaraan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Menurutnya, wanita yang dicari tersebut bernama Noorsyafiqa Noraziizam berusia 29 tahun.
"Alamat terakhir wanita itu adalah di Solok Muhibbah 5 B, Garden Kampung Baru, 14000 Bukit Mertajam.


"Wanita itu diperlukan untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi perbicaraan kes Seksyen 39 B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Butterworth," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noorakma Mohd Adzli di talian 0175838577 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Polis cari Noorsyafiqa - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Polis cari Noorsyafiqa


ADVERTISEMENT