sfhzuraz Publish time 2-4-2024 01:23 PM

HRD Corp, MAIPs dan Raja Muda Perlis santuni asnaf

HRD Corp, MAIPs dan Raja Muda Perlis santuni asnaf

OlehROSHILA MURNI ROSLI

02 April 2024 01:06pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/02/2599754.jpeg
Dari kiri, Steven Sim Chee Keong, Khairul Dzaimee, Muhd Khair Razman, Syed Faizuddin, anakanda Raja Muda Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan Shahul Dawood bergambar bersama keluarga asnaf yang menerima bantuan.



HUMAN Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat kayuhan dan Majlis Iftar KESUMA pada Sabtu lalu yang dihadiri 100 peserta.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut mencemar duli menghadiri program berkenaan bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.


Dalam program terbabit, Syed Faizuddin juga berkenan mengurniakan sumbangan tunai bernilai RM1,500 dan bakul makanan kepada tiga keluarga asnaf terpilih.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/02/2599755.jpeg
Kesemua tetamu terhormat termasuk Syed Faizuddin menyertai kayuhan pada program yang dianjurkan Sabtu lalu.



Selain itu, lima masjid setempat turut menerima sumbangan kewangan bernilai RM10,000 dan edaran 250 bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Kuala Perlis.


Hadir sama, Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood.
HRD Corp, MAIPs dan Raja Muda Perlis santuni asnaf - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: HRD Corp, MAIPs dan Raja Muda Perlis santuni asnaf


ADVERTISEMENT