mattzzx Publish time 2-4-2024 01:13 PM

Tuchel perlu diganti segera - Hamann

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tucahdfjgwr_1712033006.jpg
Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel akan meninggalkan Allianz Arena akhir musim ini. - Foto AGENSI

MUNICH: Thomas Tuchel perlu digantikan segera sebagai pengendali Bayern Munich, kata bekas pemain Jerman, Dietmar Hamann.

Bekas pengendali Chelsea berusia 50 tahun itu, terlepas gelaran liga kepada Bayer Leverkusen selepas tewas 2-0 kepada Borussia Dortmund, Sabtu lalu.

Tuchel sah akan meninggalkan Allianz Arena sebaik musim ini tamat, tetapi Hamann mahu dia meninggalkan Bayern secepat mungkin.

"Ia bukan soal Thomas Tuchel atau Max Eberl, Harry Kane atau Joshua Kimmich, ini tentang Bayern Munich.

"Anda antara lapan pasukan terbaik Eropah dan jika Bayern bermain sebaik mungkin, mereka mempunyai peluang melepasi Arsenal.

"Mereka (Arsenal) adalah pasukan yang bagus, tetapi masih kurang berpengalaman di peringkat ini (suku akhir Liga Juara-Juara Eropah).

"Saya berpendapat, anda perlu membuat keputusan sekarang sama ada mahu pergi dengan pasukan terbaik berdepan Arsenal.

"Pengurusan perlu fikir, adakah mereka mahu menamatkan minggu-minggu akhir liga dan Liga Juara-Juara dengan Thomas Tuchel.

"Bagi saya sepatutnya ia dilakukan dengan pengendali baharu. Ramai berada dalam pasaran. Saya fikirkan (Jose) Mourinho. Dia seorang yang profesional," kata Hamann.

Mourinho, 61, sedang menganggur selepas dipecat Roma pada Januari. Sebelum itu dia dipecat oleh Tottenham, Manchester United dan Chelsea. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230692/tuchel-perlu-diganti-segera-hamann
Pages: [1]
View full version: Tuchel perlu diganti segera - Hamann


ADVERTISEMENT