mattzzx Publish time 2-4-2024 12:19 PM

Mutu pengadilan liga merosot - Kompany

https://assets.bharian.com.my/images/articles/vicandwrg_1712029565.jpg
Pengendali Burnley, Vincent Kompany tidak puas hati dengan mutu pengadilan Liga Perdana Inggeris musim ini. - Foto AGENSI

LONDON: Mutu pengadilan Liga Perdana Inggeris merosot musim ini, kata pengendali Burnley, Vincent Kompany.

Skuad kendalian Kompany terpaksa beraksi 10 orang ketika menentang Chelsea pada Sabtu dan pengendali dari Belgium itu turut dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil.

Kelab yang berada dalam zon penyingkiran itu, di tangga ke-19 dengan lapan perlawanan berbaki, seri 2-2 menentang Chelsea di Stamford Bridge.

"Kekecewaan hadir apabila kesilapan berlaku berturut-turut dan ia boleh dipersoalkan.


"Kesannya ialah pada kutipan mata dan musim kami, saya rasa itu yang membuatkan anda semakin marah, tetapi selepas ini saya akan lebih bersabar. Saya harap ia tidak akan berulang musim ini.

"Saya tidak pernah sembunyikan apa yang saya rasa. Saya turut mengatakannya kepada pegawai, yang pengadilan tidak cukup bagus musim ini.

"Saya menegur dengan cara membina. Tahun lalu saya kata pengadilan bola sepak Inggeris adalah yang terbaik di dunia, tahun ini ia tidak begitu," kata Kompany.

Bekas kapten Manchester City itu berkata dia sudah meminta maaf kepada pegawai perlawanan selepas aksi menentang Cheslea.

Burnley akan melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers awal pagi esok. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230658/mutu-pengadilan-liga-merosot-kompany
Pages: [1]
View full version: Mutu pengadilan liga merosot - Kompany


ADVERTISEMENT