mattzzx Publish time 2-4-2024 12:17 PM

Hanyut ketika menjala: Mayat mangsa terakhir ditemukan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-04-02_12-04-31_1712030897.jpg
ANGGOTA bomba mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemukan lemas di Tasik Putra Perdana, Puchong. FOTO Ihsan Bomba

Puchong: Anak bongsu kepada keluarga yang di saliran longkang monsun di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini, ditemukan di Tasik Putra Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Zon Petaling Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu ditemukan kira-kira 9 pagi tadi.

"Mayat mangsa terakhir insiden itu ditemukan di Tasik Putra Perdana pada jarak 100 meter dari pintu air dan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian berkenaan.

"Mangsa ditemui hasil pencarian dilakukan di permukaan air. Seramai 25 anggota pasukan penyelamat termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di lokasi penemuan mayat mangsa terakhir itu berhampiran Tasik Putra Perdana, di sini, hari ini.

Wan Syariman berkata, operasi SAR yang bermula 7.30 pagi tadi itu menumpukan lokasi pencarian di kawasan pesisir iaitu sekitar Tasik Putra Perdana.

"Dengan penemuan mayat mangsa terakhir insiden ini, kami menutup operasi SAR 10.15 pagi tadi.

"Mayat kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Izudin Ab Wahab ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan penemuan mayat mangsa terbabit.

"Proses mengenal pasti mayat berkenaan akan dilakukan. Maklumat lanjut berhubung perkara itu akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki warga Indonesia, 40, memaklumkan isteri serta tiga anaknya berusia antara empat hingga 10 tahun dihanyutkan arus deras, Ahad lalu.

Seorang daripada empat mangsa yang dilaporkan hanyut dalam kejadian itu iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui selamat oleh orang awam.

Difahamkan sebelum kejadian, lima sekeluarga itu dikatakan sedang menjala di kawasan sungai berkenaan sebelum tiba-tiba air deras melanda kawasan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076434/hanyut-ketika-menjala-mayat-mangsa-terakhir-ditemukan
Pages: [1]
View full version: Hanyut ketika menjala: Mayat mangsa terakhir ditemukan


ADVERTISEMENT