mattzzx Publish time 2-4-2024 11:45 AM

V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F01%2F2622484.png
V kini kelihatan semakin berotot setelah menyertai kem latihan tentera.

PERUBAHAN fizikal anggota kumpulan BTS iaitu V menjadi bualan hangat peminat apabila dia kelihatan lebih berotot setelah menyertai kem latihan tentera.

Ada yang berpendapat V atau Kim Taehyung, 29, kini memiliki dada yang semakin bidang dan bahu lebih tegap berbanding sebelum ini.

Netizen kagum melihat penampilan penyanyi itu hasil dari kerja keras dan disiplin yang ditunjukkan semasa menjalankan latihan.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/01/2622483.png

Peminat kagum melihat perubahan fizikal vokalis kumpulan BTS itu.

"Saya selalu tengok badan kurus V tapi sekarang sejak berotot, dia nampak lebih kacak.

"Walaupun dah semakin berotot tapi V tetap nampak comel," ujar netizen.


Terbaharu, V dilaporkan membuat penampilan istimewa menyaksikan perlawanan bola sepak antara Gangwon FC bertemu Seoul FC pada Ahad.

Penyanyi berkenaan dilihat menonton perlawanan tersebut bersama rakan tentera lain bagi mengisi masa lapang mereka.

Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun 2025.

Kumpulan K-Pop sensasi itu, dijangka akan membuat kemunculan semula selepas Jun 2025, selepas ahli muda mereka iaitu Jungkook dan Jimin tamat latihan.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/02/v-bts-nampak-makin-sado-sejak-masuk-kem-tentera-peminat-kagum-puji-lebih-kacak

Yoonggi Publish time 2-4-2024 01:08 PM

nmpk la berisi sikit tapi fit. klu x, depa ni kurus2 belaka. sanggup x mkn klu dkt2 photo session or comeback

fatim0050 Publish time 3-4-2024 10:00 AM

Yoonggi replied at 2-4-2024 01:08 PM
nmpk la berisi sikit tapi fit. klu x, depa ni kurus2 belaka. sanggup x mkn klu dkt2 photo session or ...

Cute sangat tae dengan pipi chubby tu. semua nampak sasa sejak join army. yoongi je la tak tau rupa macam mana dah.hehe

Yoonggi Publish time 3-4-2024 10:45 AM

fatim0050 replied at 3-4-2024 10:00 AM
Cute sangat tae dengan pipi chubby tu. semua nampak sasa sejak join army. yoongi je la tak tau rup ...

ntah2 bulat je min yoongi tu ha :lol: dia kan penah ckp bdn dia senang je naik. namjoon x nmpk beza sgt sbb dia dah mmg rajin workout. so deos JK. but hobi nmpk la tough sikit. jin pun but he's got wide shoulder to begin with :lol:
Pages: [1]
View full version: V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera


ADVERTISEMENT