mattzzx Publish time 2-4-2024 11:40 AM

MBKT lelong kambing berkeliaran tak dituntut pemilik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0402rsgoat_1712028165.jpg
FOTO HIASAN

Kuala Terengganu: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melelong 11 kambing yang ditangkap berkeliaran dalam beberapa operasi di sekitar bandar raya ini Khamis ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, kambing berkenaan kini dikurung dalam pusat tahanan ternakan selepas tiada tuntutan dilakukan pemilik.

Katanya, MBKT dibolehkan untuk melelong haiwan ditangkap kerana berkeliaran mengikut peraturan ditetapkan selepas tamat tempoh tuntutan.

"Dalam operasi haiwan berkeliaran diadakan bulan lalu, sebanyak 11 kambing iaitu lapan betina dan tiga jantan ditangkap.


"Notis pelelongan haiwan berkeliaran yang tidak dituntut sudah dikeluarkan melalui pelbagai media termasuk Facebook (FB) MBKT," katanya.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, orang ramai yang berminat untuk membuat tawaran boleh hadir pada tarikh ditetapkan dan haiwan tersebut akan dilupuskan berdasarkan kepada tawaran harga yang tertinggi.

"Setiap pembida hanya boleh membeli seekor sahaja serta bayaran penuh hendaklah disempurnakan segera sebelum haiwan berkenaan diserahkan kepada pembuat tawaran yang berjaya di kaunter yang disediakan.

"Lelongan akan diadakan bermula jam 9.30 pagi, Khamis ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076424/mbkt-lelong-kambing-berkeliaran-tak-dituntut-pemilik
Pages: [1]
View full version: MBKT lelong kambing berkeliaran tak dituntut pemilik


ADVERTISEMENT