mattzzx Publish time 2-4-2024 11:37 AM

Son layak jadi kapten - Postecoglou

https://assets.bharian.com.my/images/articles/soajjnfjwndf_1712027712.jpg
Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min sudah meledak 15 gol serta melakukan lapan umpanan gol musim ini. - Foto AGENSI

LONDON: Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min

ada bakat kepimpinan semula jadi selepas nama-nama besar meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu, kata pengendalinya, Ange Postecoglou.

Malah pemain Korea Selatan itu juga beraksi cemerlang secara konsisten dan sudah meledak 15 gol serta melakukan lapan umpanan gol musim ini.

Heung-min mewarisi lilitan kapten daripada penjaring terbanyak Tottenham, Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich tahun lalu.


Spurs turut kehilangan penjaga gol pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Hugo Lloris yang menyertai kelab Major League Soccer, Los Angeles FC selepas 11 tahun berkhidmat untuk Tottenham.

"Ia bukan keputusan sukar (menjadikan Heung-min kapten). Dengan Hugo dan Harry mempunyai pengaruh besar, begitu juga Eric Dier, ada beberapa orang lagi yang sudah lama bersama kelab.

"Saya rasa Son ada bakat kepimpinan semula jadi dan dia sudah lama mengetuai pasukan negaranya. Saya tidak teragak-agak untuk menjadikannya kapten.

"Kadang-kadang apabila diberi jawatan secara rasmi ia akan menjadi beban, tetapi persembahannya cukup memberangsangkan," kata Postecoglou menjelang kunjungan ke West Ham hari ini. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230654/son-layak-jadi-kapten-postecoglou
Pages: [1]
View full version: Son layak jadi kapten - Postecoglou


ADVERTISEMENT