mattzzx Publish time 2-4-2024 10:43 AM

Inter hampiri gelaran Serie A

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sanchsjres_1712019681.jpg
Pemain Inter Milan, Alexis Sanchez (kanan) meledak gol kedua pasukannya ketika menentang Empoli di San Siro, Milan. - Foto REUTERS

MILAN: Inter Milan selangkah lebih dekat dengan kejuaraan Serie A selepas menewaskan Empoli 2-0 dan mengekalkan kelebihan 14 mata di puncak liga.

Federico Dimarco meletakkan Inter di depan selepas lima minit sepak mula di San Siro sebelum pemain gantian, Alexis Sanchez menambah jaringan ketika permainan berbaki sembilan minit.

Inter kini hanya memerlukan 11 mata lagi daripada baki lapan perlawanan untuk menewaskan pesaing terdekat, AC Milan dan menjulang mahkota liga Itali ke-20 mereka.

Kekalahan keempat berturut-turut tanpa sebarang jaringan meletakkan Empoli dalam zon penyingkiran, dibezakan dengan jumlah jaringan berbanding Frosinone yang seri 1-1 menentang Genoa pada Sabtu.


Bologna mengatasi Salernitana 3-0 untuk terus memburu tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali musim depan.

Jaringan Riccardo Orsolini, Alexis Saelemaekers dan Charalampos Lykogiannis memastikan Bologna kekal di tangga keempat, lima mata di depan Roma yang seri tanpa jaringan di Lecce.

Juventus di tangga ketiga liga, dua mata di depan Bologna selepas tewas di Lazio pada Sabtu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230603/inter-hampiri-gelaran-serie
Pages: [1]
View full version: Inter hampiri gelaran Serie A


ADVERTISEMENT