mattzzx Publish time 2-4-2024 10:40 AM

Cara Klopp reda tekanan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/klo_1712017471.jpg
KLOPP akui berdepan saingan sengit dengan City dan Arsenal musim ini.

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berharap dapat menikmati persaingan sengit dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim terakhirnya di Anfield.

Reds bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Brighton 2-1 hasil jaringan Luis Diaz dan Mohamed Salah kelmarin.

Dengan Manchester City dan Arsenal seri tanpa jaringan membolehkan Liverpool kini berkelebihan dua mata di puncak liga ketika berbaki sembilan perlawanan.

Baki perlawanan Liverpool termasuk menentang Manchester United, Tottenham dan Aston Villa yang masing-masing menduduki tangga keenam, kelima dan keempat.


Skuad Klopp dan pencabar mereka mungkin boleh keciciran mata selepas ini tetapi jurulatih dari Jerman itu mengakui dia seronok dengan saingan sengit daripada Arsenal dan City.

"Kami perlu harunginya dan kami membuat keputusan sama ada nikmatinya atau tidak," katanya.

"Ia akan menjadi sukar. Kadang-kadang mendebarkan sehingga jantung anda berdegup sekurang-kurangnya 180 atau 200 kali.

"Tetapi jika kami semua menikmatinya, kami mempunyai peluang. Jika tidak, kami masih berpeluang cuma ia hanya lebh sukar dan itu sebab kami cuba kekal positif dalam saat ini."

Klopp menambah: "Ia situasi mengujakan, kami ada di sana bersama dua pasukan hebat yang berjuang mendapatkan hadiah terbesar dalam bola sepak Inggeris dan kita akan lihat bagaimana ia berakhir. Tetapi saya akan berusaha untuk menikmatinya."

Liverpool berpeluang melebarkan jurang mata apabila melayan kunjungan Sheffield United di Anfield pada awal pagi Jumaat ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1076384/cara-klopp-reda-tekanan
Pages: [1]
View full version: Cara Klopp reda tekanan


ADVERTISEMENT