EJALTI Publish time 2-4-2024 09:03 AM

Azwan Ali tuntut bayaran dan permohonan maaf terbuka penganjur

Azwan Ali tuntut bayaran dan permohonan maaf terbuka penganjur

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... f-terbuka-penganjur

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 10:02pm

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm288AA_1711980143.jpg
DIVA AA

Kuala Lumpur: Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA meletakkan syarat kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 untuk membersihkan reputasinya selepas tular isu kontroversi membabitkan dirinya.

Tuntutan syarat itu diminta oleh Azwan ketika sesi pertemuan dengan pihak penganjur serta pempengaruh, Eira Aziera dan Diva BB.

"Penganjur perlu bertanggungjawab membuat permohonan maaf serta mengemukakan bayaran lebih setimpal.

"Apa yang berlaku, selepas pulang dari acara itu, saya tak pernah timbulkan isu bayaran walaupun sebenarnya, ia bukan nilai saya.

"Saya tutup mata sebab mereka berkali-kali mengatakan, mereka tak ada bajet. Saya faham. Saya sanggup memandu sendiri ke Kedah seterusnya hadir di acara itu atas dasar persahabatan dengan Diva BB.," katanya kepada Harian Metro.

Kata Azwan lagi, sekiranya pertemuan dan penyelesaian itu tidak berlaku dia juga tidak teragak-agak mengheret penganjur termasuk Eira ke mahkamah.

Azwan turut mencabar pihak yang didakwanya sebagai 'pengkhianat politik' berikut mencetuskan kontroversi berkenaan agar bersemuka dengannya.

Terdahulu tular video Azwan bersama beberapa lelaki menari ala dangdut di sebuah acara dekat Baling.

Aksi mereka mendapat kecaman netizen dan disifatkan tidak menghormati bulan Ramadan.


laksmanabentan Publish time 2-4-2024 09:08 AM

permohonan maaf atas sebab apa???

Yoonggi Publish time 2-4-2024 09:16 AM

bkn ke dia yg kena mohon maaf ke? {:questiono

princessmiang Publish time 2-4-2024 09:18 AM

Si bodoh ni ko tu yg patut kena saman..sian walaun walauntit nak sucikan imej disebabkan ko

nonarona Publish time 2-4-2024 09:20 AM

binggong dah si AA ni:o;P

marchikobonzo Publish time 2-4-2024 09:34 AM

Ehhhhh..diba ni senget ke?

manehnya Publish time 2-4-2024 09:40 AM

dia pnya pasal la kedah begegar.. lg nk suh org minta maap... eh?

Supersirap Publish time 2-4-2024 10:33 AM

nak tegakkan benang yang basah?

Mimo.mimo Publish time 2-4-2024 11:25 AM

Lagi artis yang kurang waras?

alesandra Publish time 2-4-2024 12:13 PM

isunyer sbb dia menari tergedik-gedik tu je kan?2 pihak pun salah sbb nyer..segmen tu tak perlu ada dlm bulan puasa .

matjerk Publish time 2-4-2024 12:24 PM

Ni sorang lagi.. ada ciri2 ngai gak ni.. jenis menegakkan benang basah walau salah. MO dia kena tunjuk terpaling berani bidas...cakap kuat2..lancar..x gagap... so org yg tak teliti nampak mcm dia betul la.

Klu ikut screenshot bawah ni.. AA x dijemput pun. Btw, bukan ke AA ni byk duit dlm bank. Kenapa x buat gigi tu?

beatgirlX Publish time 2-4-2024 01:58 PM

Dia sepadan la dgn Lop.... Sendiri salah pastu bnyk pusing2nya

jiwakacau06 Publish time 2-4-2024 02:01 PM

matjerk replied at 2-4-2024 12:24 PM
Ni sorang lagi.. ada ciri2 ngai gak ni.. jenis menegakkan benang basah walau salah. MO dia kena tunj ...

kata nya DUN suruh tutup pentas sahaja..
tp sbb xda sambutan expo ni...penganjur arah tutup semua...

cicicumel Publish time 2-4-2024 02:10 PM

I tgk video tu biasa je.bknnya ada penari pompuan pn.yg menari semua lelaki tua tak berselera.nape jadi such big issue?

sleepandream Publish time 2-4-2024 02:50 PM

haha... tu pon acik2 porem suka diva AA dari fakenil...
heshe ni kena merasa la duduk penjara sehari dua baru tau langit tinggi rendah...

noell Publish time 2-4-2024 04:36 PM

jiwakacau06 replied at 2-4-2024 02:01 PM
kata nya DUN suruh tutup pentas sahaja..
tp sbb xda sambutan expo ni...penganjur arah tutup semua. ...

buat kt baling nun mmg bkn target market tokey2 la sapala yg mampu nak beli barang harga yahudi timbul setahun sekali neh


lenkali buat kt kl sudahhhh ;P

NuansaBiru Publish time 2-4-2024 04:39 PM

Tak perlu hantar panglima perang, cukup hantar seorang diva AA si pondan tak siap saja, habis bergegar negeri walaun. This is a stroke of genius

red_velvet Publish time 2-4-2024 05:11 PM

matjerk replied at 2-4-2024 12:24 PM
Ni sorang lagi.. ada ciri2 ngai gak ni.. jenis menegakkan benang basah walau salah. MO dia kena tunj ...

Penganjur spin ... I jumpa komen kat fb penganjur promote diba akan perform kat stage dari 20 mac lagi . ..Si zaki ni la penganjurnya...

matjerk Publish time 2-4-2024 05:31 PM

red_velvet replied at 2-4-2024 05:11 PM
Penganjur spin ... I jumpa komen kat fb penganjur promote diba akan perform kat stage dari 20 mac...

Laaaa penganjur yg spin rupanya..

maharani_gebu Publish time 3-4-2024 10:25 AM

Sotong bacin ni dah tak relevan lagi dalam industri... Yang gigih gak dok jemput watpe... Tak kisahlah jemput rasmi ke tak rasmi ke... tengok ajelah bulan yang mulia ni pun mulut dia dok pu***ak sana sini... hanjing situ sana... mencarut dah mcm makanan rugi dia... TT dia kalau lalu mmg tak gamak nak tengok sampai habess :'(:dizzy:

Pages: [1] 2
View full version: Azwan Ali tuntut bayaran dan permohonan maaf terbuka penganjur


ADVERTISEMENT