CARI-HBZ Publish time 2-4-2024 05:34 AM

Individu Loya, Beli Air Balang Berperisa Keladi Sekali ‘Pakej’ Cicak Reput

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/02/053356qjzxfx2i2c8ljj5q.png





Kotor dan menjijikkan! Itulah yang dapat digambarkan situasi dilalui seorang individu ini selepas membeli juadah berbuka puasa di sebuah gerai di Klang, Selangor.


Menerusi video pendek yang dikongsikan, individu terbabit hanya menyedari terdapat seekor cicak di dalam bungkusan tersebut ketika mahu menuang minuman berperisa keladi itu ke dalam jag.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/02/053414mpbp5n33076cydbn.png




"Masa ni beli air balang tepi jalan kawasan Klang. Sebab teringin sangat air keladi. Dah siap tuang 2 jag, ada baki sikit lagi dalam plastik. Saya tergerak hati nak tuang semua dalam cawan, sekali ingat cincau nak gelongsor dalam cawan. Rupanya cicak yang dah hampir reput."


Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga tidak sempat menikmati hidangan air tersebut.


"Kalau ada bangkai cicak pun satu bilik dah bau. Ini kan pula dalam balang air kan, kasihannya orang yang tak tahu tu."


Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka menasihati para peniaga agar menjaga kebersihan makanan dan minuman yang dijual selain perlu ikhlas dalam melakukan setiap perkara.


7352206408009436424


Sumber: TikTok Azie Aziz/OhBulan

shernazz Publish time 2-4-2024 07:11 AM

Terus rakam masuk tiktok..
Haha
Bangkai cicak.mmg.bau pergh...
Dahsyat juga..

shernazz Publish time 2-4-2024 07:15 AM

Dolu circa 2011 MCM tu iols Ada beli seekor Ayam golek.di bazar kelana Jaya..
Iols nak dalam peti.masak tu dia.insist nak bagi yang dah siap bungkus .
Iols amek je lah...rupanya basi...semalam kelmaein ke bila entah
Iols tau abang tu sebab dia niaga di Medan selera Damansara Jaya..
So..esok nya lepas keje terus iols gi balik ke gerai abang tu kat bazar dan letak Ayam tu..iols cakap dah basi..
Iols Tanya nak bg Ayam Ni kat mbpj atau abang nak tukar...hahaha .
Of Kos dia tukar..dan iols nak yang Baru...


Dan peluang Ni Bukan selalu orang dapat..Ada yang beli jauh..dok jauh dari bazar tu...Ada yang beli..tp malas nak gi sebab Taknak bessr2kan isu..

Tapi iols pergi je okeh...laki.iols.cakap takyah sebab Nanti orang tu aim..
Iols peduli apa..hahaha

ladybugz Publish time 2-4-2024 07:17 AM

i ni mmg dah la geli bab cicak ni. ya Allah dasyatnya. stakat ni baru skali i beli air balang kat bazaar n i mmg beli air yg jernih2 je yg nampak apa kat dalam contoh air lemon pudina asam boi selasih ka. tp lepas tgk hat ni rasanya, x lalu dah nk beli air apa2 kat bazar tu.

Simunggu Publish time 2-4-2024 07:41 AM

alamak..tu yg buat sedap tu kenapa buang?

any42 Publish time 2-4-2024 07:50 AM

kesian yg dah terbeli mnum air bangkai :( hrap xde cirit birit teruk

Yoonggi Publish time 2-4-2024 08:42 AM

ni la antara sbb aku keberatan nk beli air kt mana2 jualan di luar premis.

supernaturalee Publish time 2-4-2024 09:51 AM

iols pun xnk beli air balang dah
dh kena dah air rasa pelik kelmarin
klu nk minum air manis2 beli botol ke tin je
tak pun bancuh sundiri sudehhh

rospinki Publish time 2-4-2024 09:55 AM

eeeuuuu:I

nk air mcm2 perisa semua ada. ada hari iosl buat air keladi, air bandung selasih air jagung air viral si medan cendoi ckp je belom lagi air kotak jualan murah iols beli mcm2 perisa utk anak2 utk iols bykkan minum air putih. murah je modal dia pati sirap jagung tu semua baru 2.50 jah campo susu itu ni tambah ais. puashati. tapi tula kesian peniaga..iols nk jimat je. kalu ada masa kdg beli jgak kt bazar air balang tgk2l gerai tu nmpk bersih kemas.

Dwdrum Publish time 2-4-2024 09:56 AM

Selalu beli yam white color.... Air keladi ini campur purple sweet potato kah apa...

Perawankota Publish time 2-4-2024 02:39 PM

Aku sekali jer beli air kt bazar Ramadhan time bulan pose ni tu pon sedap member kata sedap.. Bila beli, oklah rasa tapi manis tu lebih lah... Biasanya memang aku beli air botol or kotak kat supermarket pastu beli ais batu.. Lagi jimat leh minum berkali2.. Bulan puasa ni jer lah craving air manis, biasanya duduk umah minum sky juice je haha..

sharlenetexas Publish time 2-4-2024 02:46 PM

shernazz replied at 2-4-2024 07:11 AM
Terus rakam masuk tiktok..
Haha
Bangkai cicak.mmg.bau pergh...


Mcm bau bangkai tikus.


hokeypokey Publish time 2-4-2024 02:47 PM

eerrgghhh loya tekak weh aku dh la benci cicak

sharlenetexas Publish time 2-4-2024 02:48 PM

Perawankota replied at 2-4-2024 02:39 PM
Aku sekali jer beli air kt bazar Ramadhan time bulan pose ni tu pon sedap member kata sedap.. Bila b ...

Air kotak sekarang kurang 30% gula, bila letak air batu rasa kurang manis. Iols letak je dlm peti sejuk. Tapi yeo's yeogurt mmg manislah. Kadang2 teringin minum tapi xde kotak besar.

shernazz Publish time 2-4-2024 06:51 PM

sharlenetexas replied at 2-4-2024 02:46 PM
Mcm bau bangkai tikus.

Itu le..
Sebab ada.cicak.mati kat bilik Anak iols
Iols ingat amende la bau Ni..
Cari2.celah2 buku rupanya cicak.mati..
Eeee

dagusengett Publish time 2-4-2024 09:01 PM

Baik beli air tin jelah
Kedai eco murah2
I dah terpengaruh beli vida sbb ada kartun kj
Tapi so far takde perisa yg kena dgn tekak pulak
But still okay sbb gas dia tak buat i bloated cam soda lain

dua_chzy Publish time 2-4-2024 09:37 PM

Jug plastik tu lejen ui. Masih ada yang guna yach.

dua_chzy Publish time 2-4-2024 09:41 PM

Dwdrum replied at 2-4-2024 01:56 AM
Selalu beli yam white color.... Air keladi ini campur purple sweet potato kah apa...

Iya, itulah tu kak. Dia dipanggil purple yam gak. Aiol pun baru tau, har.

Dwdrum Publish time 3-4-2024 07:31 AM

dua_chzy replied at 2-4-2024 05:41 AM
Iya, itulah tu kak. Dia dipanggil purple yam gak. Aiol pun baru tau, har.

LOL... Thanks

gideoncross Publish time 11-4-2024 03:36 PM

Dwdrum replied at 2-4-2024 09:56 AM
Selalu beli yam white color.... Air keladi ini campur purple sweet potato kah apa...

Pati air kladi mmg smuanya wrna purple
Pages: [1] 2
View full version: Individu Loya, Beli Air Balang Berperisa Keladi Sekali ‘Pakej’ Cicak Reput


ADVERTISEMENT