sfhzuraz Publish time 1-4-2024 05:59 PM

Anwar hadir Taklimat Pembangunan Perlis

Anwar hadir Taklimat Pembangunan Perlis


M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Id_obj50758004_1711964535.jpg
ANWAR bergambar kenangan bersama Mohd Shukri Ramli dan barisan Exco Negeri Perlis ketika mempengerusikan taklimat pembangunan Perlis dalam lawatan singkatnya di sini, hari ini. FOTO Bernama



Kangar: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri berkenaan.
Terdahulu beliau yang tiba pada jam 3 petang, menghadiri Taklimat Pembangunan Perlis bersama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.
Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco); Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan pentadbiran kanan negeri.
Difahamkan, dalam pertemuan lebih satu jam itu, Anwar diberikan taklimat berkaitan projek pembangunan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri.
Perdana Menteri kemudian mengadakan 'walkabout' di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum hadir Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping.


Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 5:42pm
Anwar hadir Taklimat Pembangunan Perlis (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Anwar hadir Taklimat Pembangunan Perlis


ADVERTISEMENT