sfhzuraz Publish time 1-4-2024 05:55 PM

Penganjur bayar balik duit sewa peniaga Karnival Fiesta Raya Baling 2024

Penganjur bayar balik duit sewa peniaga Karnival Fiesta Raya Baling 2024


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 1, 2024 @ 5:47pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/baling_1711964801.jpg
Foto FB



ALOR SETAR: Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 akan membayar balik duit sewa gerai jualan kepada peserta karnival itu mengikut baki jumlah hari selepas ia akan menamatkan operasi pada Sabtu ini.
Penganjurnya, Ahmad Zaki Yaacob berkata, duit sewa itu akan dipulangkan berikutan pihaknya mengenakan sewaan mengikut jumlah hari berniaga.
"Isu peniaga rugi itu tak timbul, bagi saya itu mainan komen netizen sahaja.
"Kita refund (bayar balik) mengikut sewaan hari yang mana berbaki semua kita pulangkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor yang menyebabkan pihaknya mengambil keputusan menghentikan operasi karnival berkenaan, Ahmad Zaki berkata pihaknya membuat tindakan itu bagi mengambil tanggungjawab dengan kontroversi yang berlaku.
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob juga memberi nasihat supaya Fiesta Raya Baling 2024 ditutup dan memohon maaf atas apa yang berlaku," katanya.
Dalam kejadian dipercayai Khamis lalu, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.
Aksi menari mereka di atas pentas mendapat kecaman netizen kerana berlaku pada bulan Ramadan.
Susulan itu, penganjur tampil memohon maaf kepada semua pihak terutama rakyat Kedah dan membuat keputusan menutup karnival itu.
Turut tular, keluhan peniaga yang menangis apabila karnival berkenaan ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.
Media juga melaporkan kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan membatalkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024, sebaliknya hanya perlu menghentikan aktiviti hiburan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham terhadap isu terbabit.
Penganjur bayar balik duit sewa peniaga Karnival Fiesta Raya Baling 2024 (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Penganjur bayar balik duit sewa peniaga Karnival Fiesta Raya Baling 2024


ADVERTISEMENT