sfhzuraz Publish time 1-4-2024 05:07 PM

Pendaftaran automatik Padu ibarat rompak maklumat rakyat - Gerakan

Pendaftaran automatik Padu ibarat rompak maklumat rakyat - Gerakan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm288padu_1711961520.jpg
ORANG ramai hadir ke kaunter fizikal pada hari terakhir bagi mendaftar Sistem PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam hari ini. FOTO Bernama



Georgetown: Tindakan kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) seolah-olah penyamun yang 'mencuri' dan 'merompak' maklumat rakyat.
Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Oh Tong Keong berkata, ia berikutan pendaftaran automatik berdasarkan data daripada agensi lain dibuat tanpa kebenaran.
"Sesetengah rakyat pilih tidak mendaftar Padu kerana bimbang dengan kebocoran maklumat peribadi dan kurang yakin dengan keselamatan sistem itu yang diragui banyak pihak.
"Tapi kini kerajaan memilih pelaksanaan pendaftaran automatik tanpa mendapat kebenaran daripada rakyat. Bukankah ia satu tindakan 'mencuri' dan 'merompak' maklumat rakyat?
"Malah, apakah kesahihan hak kerajaan khususnya Jabatan Perangkaan mengguna data daripada pelbagai agensi bagi membuat pendaftaran automatik?" katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, portal media melaporkan Jabatan Perangkaan memaklumkan rakyat yang tidak mengemas kini data mereka di hab Padu akan didaftar secara automatik maklumat asas mereka.


Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 4:52pm
Pendaftaran automatik Padu ibarat rompak maklumat rakyat - Gerakan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Pendaftaran automatik Padu ibarat rompak maklumat rakyat - Gerakan


ADVERTISEMENT