mattzzx Publish time 1-4-2024 04:54 PM

Jais sahkan terima laporan laungan azan Maghrib awal empat minit

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/azan_1711960769.jpg
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan menerima laporan mengenai laungan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar di Masjid Prima Saujana Kajang, Selangor kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya bagaimanapun sedang menunggu laporan terperinci berhubung hal itu.

"Jais sahkan kejadian itu namun kita sedang tunggu laporan terperinci untuk jalankan siasatan lanjut," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar kelmarin kerana masalah teknikal.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan di Facebook (Fb) memaklumkan puasa jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan adalah terbatal dan perlu diganti atau diqada.

Menurut Mohamad Asri, pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada JAIS dan kesal dengan segala kesulitan.

Mohamad Asri ketika dihubungi Harian Metro pula memaklumkan pihak masjid tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.

"Tak boleh lagi. Kami perlu dapatkan kebenaran JAIS dulu," katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Masjid Prima Saujana Kajang mendapati masjid berkenaan tidak ditutup sebaliknya masih beroperasi seperti biasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076206/jais-sahkan-terima-laporan-laungan-azan-maghrib-awal-empat-minit
Pages: [1]
View full version: Jais sahkan terima laporan laungan azan Maghrib awal empat minit


ADVERTISEMENT