mattzzx Publish time 1-4-2024 03:56 PM

Nurullaev tak sabar beraksi di Stadium Darul Aman

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yekes_1711957328.jpg
Nurullaev (tengah) ketika beraksi menentang Penang FC 2 Jumaat lalu. - Foto KDA FC

ALOR SETAR: Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong di Stadium Darul Aman menjadi detik yang cukup dinantikan oleh pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sukhrob Nurullaev pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagi pemain kelahiran Uzbekistan berusia 26 tahun itu, semangatnya terus membara apabila menyaksikan hampir 2,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara KDA FC menentang Penang FC 2 di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), Jumaat lalu.

"Walaupun cuma perlawanan persahabatan tetapi saya rasa cukup teruja apabila melihat sambutan hangat yang ditunjukkan oleh penyokong yang hadir.

"Saya tahu ini hanya gambaran awal sambutan penyokong ke stadium, namun saya sudah merasakan kehangatan yang ditunjukkan penyokong terhadap skuad baharu Kedah musim ini.


"Saya cukup yakin semangat saya dan pasukan akan lebih meningkat apabila kami beraksi dalam suasana stadium penuh apabila liga bermula nanti," katanya.

Pemain sayap lincah ini juga berkata beliau kini gembira beraksi di Kedah dan sedang dalam proses meningkatkan lagi tahap kecergasannya secara berperingkat sejak menyertai latihan bersama pasukan pertengahan bulan ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230400/nurullaev-tak-sabar-beraksi-di-stadium-darul-aman
Pages: [1]
View full version: Nurullaev tak sabar beraksi di Stadium Darul Aman


ADVERTISEMENT