mattzzx Publish time 1-4-2024 03:55 PM

Amaran terakhir NACCOL

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sumbang_1711957706.jpg
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada Che Gayah Rejab, 61, isteri kepada Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Allahyarham Muhamad Fuad Yaccob,64, di rumahnya di Alor Janggus, hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman

ALOR SETAR: Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara diberi amaran terakhir untuk memastikan beras putih tempatan (BPT) segera berada di pasaran.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata ini kerana Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood sebelum ini memberi jaminan 14 juta kampit BPT berharga RM26 untuk 10 kilogram (kg) akan berada di pasaran pada bila-bila masa.

Katanya, ketiadaan BPT di pasaran ketika ini boleh menyebabkan rakyat memandang sinis kepada pemerintahan Perdana Menteri.

"Nampak kegagalan jentera kerajaan (iaitu) bahagian yang bertanggungjawab dalam mengedarkan beras ini dan dia berjanji dalam mesyuarat NACCOL sudah hampir dua minggu tak berjalan.


"Sepatutnya Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengambil tindakan segera supaya tukar mana-mana pegawai yang tidak efisien dan tatakelolanya tak betul, ganti dengan pegawai yang baharu supaya dapat dilaksanakan dengan segera. Ini penting dalam sistem 'delivery' kerajaan.

"Ini amaran terakhir, tidak ada tempoh lagi kerana tempoh yang diberikan sudah berlalu. Kita tidak mahu tuduh mana-mana pihak tetapi kalau mereka yang dipertanggungjawabkan gagal buat kerja, ambil tindakan pada mereka supaya isu beras ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi keluarga Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Allahyarham Muhamad Fuad Yaccob, 64, di rumahnya di Alor Janggus di sini, hari ini.

Ahmad Farhan turut menyerahkan sumbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Allahyarham Che Gayah Rejab, 61.

Syed Abu Hussin berkata, Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara perlu memberi penjelasan mengenai jumlah kampit beras yang diedarkan di seluruh negara setakat ini berikutan tinjauan pihaknya mendapati BPT masih belum kelihatan.

"Jadi kita minta bahagian berkenaan jelaskan secara terperinci berapa banyak beras (yang ada) di kilang mana dan berapa banyak yang telah diedarkan di pasar raya mana supaya rakyat yang ternanti-nanti menjelang Aidilfitri nak beli BPT murah RM26.

"Sebab ini adalah masalah orang ramai, semua rakyat menanti keputusan (arahan) Perdana Menteri untuk dilaksanakan. Ini bukan isu jabatan atau isu bahagian tetapi isu rakyat keseluruhan untuk melihat BPT RM 26 sekampit berada di pasaran," katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat NACCOL dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Mac lalu memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu beras.

Antara tindakan, kerajaan mengarahkan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses serta dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan serta-merta.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230402/amaran-terakhir-naccol
Pages: [1]
View full version: Amaran terakhir NACCOL


ADVERTISEMENT