mattzzx Publish time 1-4-2024 03:29 PM

Persiapan NSFC memberangsangkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ns_1711954773.jpg
AKSI sengit antara pemain NSFC dan Real Rembau. FOTO NSFC

Seremban: Persiapan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menghadapi kancah saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menunjukkan perkembangan yang positif apabila prestasi dan tahap kecergasan serta persefahaman antara pemain memberangsangkan.

Penolong Ketua Jurulatih, K Nanthakumar akui perkembangan itu dan gembira dengan komitmen tinggi dipamerkan pemain skuad Hobin Jang Hobin sama ada ketika latihan atau pun pada aksi persahabatan.

Beliau juga berpuas hati dengan persembahan pemain dalam aksi persahabatan menentang Real Rembau, apabila pasukan bimbingannya itu menang 5-1, dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mini TUDM Sendayan, semalam.

"Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap kecergasan dan persefahaman antara pemain selain menguji taktikal. Jelas terdapat kemajuan yang baik, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan pasukan.


"Bagaimanapun pemain menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha untuk meletakkan pasukan pada tahap prestasi terbaik walaupun latihan dan aksi persahabatan diadakan dalam bulan puasa.

"Saya mahu pemain terus fokus kepada persiapan yang dilakukan kerana kita hanya tinggal kira-kira sebulan lagi untuk menghadapi kempen Liga M musim ini," katanya di sini, hari ini.

Nanthakumar juga akui persiapan pra musim ini akan dapat membantu pasukan untuk melihat dengan lebih jelas perubahan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan pasukan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1076145/persiapan-nsfc-memberangsangkan
Pages: [1]
View full version: Persiapan NSFC memberangsangkan


ADVERTISEMENT