mattzzx Publish time 1-4-2024 03:27 PM

'Kalau tak dapat sumbangan, saya pakai baju raya lama'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bajurayankk1_1711953728.jpg
HASLINA (dua dari kiri) membantu anak yatim piatu, Muhammad Raizill Darwish (tiga dari kiri) mencuba baju Melayu baharu pada Program Sinaran Kasih anjuran Langkawi Port di Langkawi Fair, Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: "Kalau tak dapat sumbangan, saya pakai baju lama sahaja. Menerusi sumbangan ini dapat pakai baju Melayu baharu untuk Aidilfitri ini," kata Muhammad Raizill Darwish Abdul Hafiz, 8.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri itu berkata, dia tinggal dengan neneknya, Ramlah Abu Hassan, 55, selepas ibunya, Nur Arissa Izati Abdullah meninggal dunia pada Aidilfitri ketiga tahun lalu.

"Kini, saya tinggal bersama nenek sebelah ibu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, selain menghidap penyakit darah tinggi. Adakalanya kami nak makan pun susah.

"Sebelum dipanggil ke majlis ini, saya tak terfikir dapat beli baju baharu untuk Aidilfitri kali ini," katanya ketika ditemui pada Program Sinaran Kasih anjuran Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port), di sini, hari ini.


Murid SK Selat Bagan Nyiur Hafizi Mohd Noor, 11, yang tinggal bersama neneknya, berkata dia berasa amat gembira dan bersyukur apabila dipilih menerima sumbangan itu.

Menurutnya, neneknya, Saayah Ibrahim, 48, tidak mampu menyediakan kelengkapan hari raya kepada dia dan dua adiknya kerana kemiskinan.

"Bapa dan ibu sudah lama tiada, kini hanya nenek menguruskan dan menjaga makan minum kami secara ala kadar, jadi tak pernah terfikir untuk beli baju baharu untuk Aidilfitri kali ini," katanya.

Penyampaian baucar dilakukan Pengerusi Langkawi Port yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Turut hadir, Pengurus Besar Langkawi Port, Muhd Nasir Abdul Aziz.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076130/kalau-tak-dapat-sumbangan-saya-pakai-baju-raya-lama
Pages: [1]
View full version: 'Kalau tak dapat sumbangan, saya pakai baju raya lama'


ADVERTISEMENT