sfhzuraz Publish time 1-4-2024 02:50 PM

Baju raya mahal, terpaksa sewa untuk tampil bergaya

Baju raya mahal, terpaksa sewa untuk tampil bergaya

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

01 April 2024 02:04pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/01/2598305.jpeg
Marhaini Suriana mengenakan sewa sekitar RM20 bagi sepasang baju untuk tempoh seminggu.



PASIR MAS - Harga baju raya yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit sepasang memaksa segelintir orang ramai menyewa pakaian tersebut demi tampil bergaya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ini diakui sendiri oleh pemilik De’Suria Gallery, Marhaini Suriana Ayub, 35, yang mengendalikan perkhidmatan sewa baju kostum di Tal Tujuh, Tendong apabila dia menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan bertanyakan tentang baju raya sewa.


"Dari situ saya mengambil keputusan mengeluarkan sedikit modal membeli baju raya yang berfesyen dan bergaya untuk disewakan kepada mereka.
"Alhamdulillah ia mendapat sambutan apabila pelanggan bukan sahaja sekitar Pasir Mas tapi dari jajahan lain juga seperti Tanah Merah dan Kota Bharu," katanya kepada Sinar Harian.


Menurut beliau, antara alasan diberikan oleh pelanggan ialah harga sepasang baju raya berfesyen terlalu mahal sehingga mencecah RM200 ke atas.
Ujarnya, selain itu baju raya bukan dipakai selalu tetapi hanya semasa lebaran sahaja.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/01/2598306.jpeg
Antara pelanggan bukan beragama Islam yang datang dari Kota Bharu untuk menyewa baju raya.



Marhaini Suriana memberitahu, selain itu kebanyakan pelanggan ingin tampil sedondon bersama ahli keluarga.

"Sewa yang dikenakan hanya RM20 untuk sepasang baju raya berfesyen dan boleh digunakan selama tujuh hari.
"Bagi baju raya berkain songket pula sewaan untuk seminggu ialah RM50.
"Saya hendak mereka bergaya dan bergambar sepuasnya sepanjang hari raya nanti," katanya.
Menurut ibu kepada lima anak itu, pelanggannya juga terdiri daripada bukan beragama Islam.
Beliau berkata, mereka menyewa baju raya kerana ingin diperagakan semasa berkunjung ke rumah rakan-rakan yang meraikan.
Baju raya mahal, terpaksa sewa untuk tampil bergaya - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Baju raya mahal, terpaksa sewa untuk tampil bergaya


ADVERTISEMENT