mattzzx Publish time 1-4-2024 02:25 PM

Kuala Terengganu rekod kes demam denggi tertinggi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kasemani232_1711952253.jpg
Dr Kasemani Embong

Kuala Terengganu: Jumlah kes denggi di Terengganu mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 88 kes direkodkan setakat Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.4 peratus namun tiada kematian dilaporkan setakat ini berbanding satu kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, tiga kes dilaporkan berlaku di daerah Kuala Terengganu dalam ME13 iaitu bermula 24 Mac hingga 30 Mac lalu.

"Secara keseluruhan, kes denggi di Terengganu terkawal walaupun berlaku peningkatan kes yang dilaporkan.


"Berdasarkan rekod, daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 50 kes diikuti Marang (16 kes), Besut (tujuh kes) dan Kemaman (lima kes).

"Sebanyak lima kes direkodkan di Kuala Nerus, tiga di Dungun dan dua di Hulu Terengganu manakala tiada sebarang kes denggi dilaporkan di Setiu setakat ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Dr Kasemani berkata, masyarakat diseru bersama-sama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti membersihkan persekitaran serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing setiap minggu.

Katanya, Jabatan Kesihatan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan di semua kawasan berlakunya kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

"Bagi mereka yang mempunyai tanda atau gejala demam denggi, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076119/kuala-terengganu-rekod-kes-demam-denggi-tertinggi
Pages: [1]
View full version: Kuala Terengganu rekod kes demam denggi tertinggi


ADVERTISEMENT