EJALTI Publish time 1-4-2024 01:58 PM

'Warga asing rela kahwini wanita warga emas demi lesen perniagaan'

'Warga asing rela kahwini wanita warga emas demi lesen perniagaan'

https://www.bharian.com.my/berit ... mi-lesen-perniagaan

Oleh Baharom Bakar - April 1, 2024 @ 11:59am
bhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gresen_1711945310.jpg
Azhar (kiri) dan Ahmad Safri Husnaini ketika melawat kemudahan kuanter di Jabatan Imigresen di UTC.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Terengganu mengesan ada lelaki warga asing sanggup mengahwini wanita tempatan termasuk warga emas di negeri ini, demi menikmati pelbagai kemudahan disediakan kerajaan terutama lesen perniagaan.

Pengarah Imigresen Terengganu, Azhar Abd Hamid, berkata wanita tempatan bersuamikan warga asing itu, biasanya akan diabaikan selepas semua kemudahan termasuk lesen perniagaan diperoleh mereka.

Katanya, lelaki warga asing akan mengabaikan tanggungjawab dan hidup berasingan selepas semua kemudahan dibuat atas nama isterinya diperoleh.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada antara wanita tempatan bersuamikan warga asing hanya diberi wang perbelanjaan sebanyak RM300 sebulan.

"Taktik menjadikan wanita tempatan sebagai mangsa kepentingan peribadi lelaki warga asing itu dikhuatiri semakin meluas dalam kalangan masyarakat dan sukar untuk dibendung," katanya kepada media semalam.

Terdahulu Azhar yang akan mengakhiri jawatan sebagai Pengarah Imigresen selepas dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri berkuat kuasa Rabu ini, mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Yang turut hadir adalah Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Mat Amin Hassan dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Ahmad Safri Husnaini Mohamed.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, JIM negeri mengesan ada kes lelaki warga asing menyasar wanita tempatan sebagai mangsa, malah ada di antaranya warga emas.

"Kita bimbang jika keadaan ini berterusan, lebih ramai lagi wanita tempatan menjadi mangsa untuk kepentingan diri sendiri warga asing," katanya.

Azhar menambah, kebanyakan wanita yang terbabit dalam kes itu enggan membubarkan perkahwinan atas alasan tiada siapa yang akan menanggung mereka jika berpisah dengan suami warga asing

Sejak Januari tahun ini, katanya, sebanyak 61 perkahwinan baharu membabitkan wanita tempatan dan warga asing didaftarkan di Terengganu, manakala seramai 192 pasangan memperbaharui Pas Lawatan Sosial.

Tahun lalu, katanya, sebanyak 925 perkahwinan dengan warga asing direkodkan merangkumi 73 kes perkahwinan baharu dan 852 permohonan lanjutan pas pasangan.

tripleid Publish time 1-4-2024 02:29 PM

Abis tu tak reti2 ke nak pinda law so paki bangla tak senang2 dpt lesen wat bisnes kalau kawin local??

Skuau Publish time 1-4-2024 02:41 PM

"Kita tau Msia banyak sinang kasi bodoh la"-pakis,bangla

_blackbird Publish time 1-4-2024 03:36 PM

Edited by _blackbird at 1-4-2024 03:38 PM

desperate dan murahnya harga wanita tempatan RM300 sebulan pon dah cukkuuurrrrr sampai sanggup jadi pengkhianat negara. tak salah la si kerala aritu kata wanita tempatan mata duitan jenis low class, 300 pon sanggup jadi tali barut dan rela di exploit

mohon wanita yg desperate dan rela exploit pati ni min terima 30k sebulan baru agree jadi puppet pleasee....

airfilterkotor Publish time 1-4-2024 03:52 PM

Mengikut Akta Imigresen 1956/63, buruh asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan dan jika ia gagal dipatuhi, mereka dikehendaki untuk pulang ke negara asal.

hokeypokey Publish time 1-4-2024 04:25 PM

dh diorang pun ada keperluan seks jugak, kang tak kawen dihina jalang la berzina la murahan la, memekak lobai semua, diaorg kawen la bangla ke paki ke dh yg tu jer sanggup terima.. tu pun kena memekak dan disalahkan jugak, nk suh warga emas ni semua mengadap dildo je ke???

ninja boy Publish time 1-4-2024 10:25 PM

Masalah wanita kanak2 sumbang mahram janda sondol kawen warga asing kawen cerai anak luar nikah swinger skandal mmg x akan abis

otai_g Publish time 1-4-2024 10:42 PM

Kawen warga emas aka kawen dgn nenek. Apo bondo?

miss_white Publish time 1-4-2024 11:27 PM

Edited by miss_white at 1-4-2024 05:01 PM

Ni lah bala bwk masuk bangla ramai2
Perangai mcm babi asyik nk menyondol org tempatan je

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 09:43 AM

airfilterkotor replied at 1-4-2024 03:52 PM
Mengikut Akta Imigresen 1956/63, buruh asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak...

Masalah nye buruh illegal yang kahwin warga tempatan.

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 09:46 AM

Edited by B40tastePosh at 2-4-2024 09:54 AM

Ketatkan lah permohonan IC merah/PR dan hapuskan permit Lawatan Sosial Jangka Panjang.

LHDN, SPRM dan SSM kena check la akaun perniagaan Milikan Tunggal dan Syarikat². Kena fully access perniagaan wargaasing yg kahwin org tempatan.

Sama dengan Pejabat Tanah dan MPOB dan Jabatan Pertanian, kena buat rondaan dan siasatan wargasing yang bina penempatan haram dan pertanian.

Wargaemas perlu diinterview oleh Jabatan Kebajikan setiap 3 bulan dan letak mereka bawah Custody Law kalau ada abuse...contoh guna nama perniagaan untuk wargaasing berniaga.

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 09:57 AM

airfilterkotor replied at 1-4-2024 03:52 PM
Mengikut Akta Imigresen 1956/63, buruh asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak...

Put under Custody je kalau dah nampak ada penindasan dan penderaan contoh gunakan IC untuk perniagaan.

Semua wargaemas dan perempuan yg kahwin wargaasing kena diinterview oleh JKM dan Jabatan Agama Islam Negeri setiap 6 bulan....kalau ada unsur penindasan pihak berkuasa boleh keluar arahan Custody dan bicara di mahkamah la.

Sama juga untuk anak2.

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 09:59 AM

Edited by B40tastePosh at 2-4-2024 10:00 AM

Pejabat Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah terlalu lemah nak keluarkan arahan cerai untuk perkahwinan bermasalah dan custody untuk janda dan wargaemas.

Sepatutnya diorg kena siasat waris untuk arahan Custody...otherwise masuk rumah wargaemas jelah.

rospinki Publish time 2-4-2024 09:59 AM

org kata tepuk sebelah tangan tak berbunyi{:1_550:}

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 10:03 AM

Guna nama pasangan untuk perniagaan dah dianggap sebagai abuse law. Sepatutnya SPRM dan SSM dah boleh batalkan perniagaan tu. JKM kena hantar laporan pada SSM dan SPRM.

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 10:07 AM

Persoalannya apa peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat ni semua sampai wargaemas terabai.

Malaysia menuju negara menua, sepatutnya dah well planned la untuk kesan wargaemas dan pegawai mesti lantik untuk interview diorg dan escalate laporan kepada SSM, Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah untuk arahan custody.

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 10:13 AM

Padah Buat Tuntutan Palsu, 3 Kakitangan JKM Direman
11 Jan 2023
JOHOR BAHRU – Tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tangkak direman selama lima hari selepas dipercayai terlibat dengan perbuatan salah laku menyalahguna kedudukan dengan membuat tuntutan palsu, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga Ahad yang dikeluarkan terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Seorang tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Kebajikan disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM2,000 kepada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan JKM Johor pada Mac 2021.

Menurut sumber, tuntutan tersebut dibuat suspek bagi penyediaan makanan dan minuman Program Bakul Makanan di bawah Inisiatif Pakej Khas Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Bagaimanapun, difahamkan bekalan makanan dan minuman bagi program itu tidak dibekalkan suspek.

Sementara itu, dua lagi suspek yang bertugas selaku Pembantu Pembangunan Masyarakat JKM Tangkak pula direman kerana telah mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM1,200 kepada JKM Daerah Tangkak pada Mac 2021.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Johor lewat malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Kesemua mereka kemudian dibawa ke pekarangan mahkamah antara pukul 9 pagi hingga 9.30 pagi hari ini dengan lengkap berpakaian lokap SPRM berwarna oren. – KOSMO! ONLINE

B40tastePosh Publish time 2-4-2024 10:14 AM

Edited by B40tastePosh at 2-4-2024 10:17 AM

Setiap wargaemas di Malaysia, JKM ada interview report kah setiap satu orang wargaemas di Malaysia???

Kalau rasa tak boleh buat swastakan jelah Jabatan Kebajikan Masyarakat tu. Biar government senang dapat interview report.

FOTHER-MUCKER Publish time 2-4-2024 10:52 AM

Ini semua bala tuhan turunkan kerana satu malaysia inaya makcik kemboja!????????

airfilterkotor Publish time 2-4-2024 11:02 AM

B40tastePosh replied at 2-4-2024 09:43 AM
Masalah nye buruh illegal yang kahwin warga tempatan.

Lagi la tak boleh. :lol:
Pages: [1] 2
View full version: 'Warga asing rela kahwini wanita warga emas demi lesen perniagaan'


ADVERTISEMENT