mattzzx Publish time 1-4-2024 01:58 PM

Haaland seperti pemain Liga Dua - Keane

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gabvaegsrigjwi4d_1711948327.jpg
Penyerang Manchester City, Erling Haaland (kanan) dikawal rapi pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes (kiri) ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester. - Foto AFP

MANCHESTER: Roy Keane mengkritik persembahan Erling Haaland ketika Manchester City seri tanpa jaringan menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad.

Penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris menampilkan persembahan hambar dengan hanya beberapa sentuhan dilakukan sepanjang permainan dan dikawal rapi pertahanan Arsenal.

Keane percaya persembahan kali ini menunjukkan kualiti keseluruhan Haaland dalam permainan dan menuntut penyerang Norway itu meningkatkan prestasinya.

"Tahap permainannya secara keseluruhan adalah sangat menyedihkan, bukan saja hari ini.


"Di hadapan gawang dia mungkin antara yang terbaik di dunia, tetapi untuk prestasi sebagai pemain secara keseluruhan, dia seperti pemain di Liga Dua (divisyen empat)," kata Keane.

Haaland bukan saja gagal menembusi benteng Arsenal, tetapi turut hilang arah ketika membantu membina serangan untuk pasukannya.

Pemain 23 tahun itu hanya melakukan 23 sentuhan sepanjang permainan, tiada percubaan tepat atau hantaran penting yang menyaksikan City kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Tonggak pertahanan Arsenal, William Saliba dan Gabriel dilihat berjaya mengekang penyerang Norway itu daripada memberikan masalah kepada gawang mereka.

Walaupun mendahului senarai penjaring Liga Perdana Inggeris dengan 18 gol - dua melebihi daripada tiga pemain yang terikat di tangga kedua - Haaland mula dikecam kerana sumbangannya di atas padang secara keseluruhan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230315/haaland-seperti-pemain-liga-dua-keane
Pages: [1]
View full version: Haaland seperti pemain Liga Dua - Keane


ADVERTISEMENT